Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lagi Nombor Pendaftaran Sedia Dibida (VAV 1 – VAV 9999), Pemilik VAV 1 Paling Dinanti
Auto Terkini

Lagi Nombor Pendaftaran Sedia Dibida (VAV 1 – VAV 9999), Pemilik VAV 1 Paling Dinanti

Han OthmanBy Han Othman05/07/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINGGU ini saja sudah tiga notis iklan tempahan nombor pendaftaran kenderaan dihebahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi laman Facebook badan penguatkuasaan jalan raya itu. Sebelum ini JPJ ada mengiklankan tawaran bidaan bagi nombor pendaftaran AKU (Perak) dan DDD (Kelantan).

Semalam, JPJ membuka pula satu lagi bidaan bagi nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan, VAV 1 – VAV 9999 bermula 8 pagi semalam (Selasa, 04 Julai 2017) hingga 12 tengah hari, 17 Julai 2017 (Isnin). Seperti biasa, jika anda berminat, bolehlah dapatkan borang tempahan nombor pendaftaran (M.V.10) yang boleh dimuat turun di laman web jpj.gov.my.

Pasti ramai ternanti-nati siapakah pemilik ‘bertuah’ nombor VAV 1? Namun, tiada sebarang maklumat didedahkan JPJ setakat ini.

Nombor pendaftaran VAV 1 apabila dieja adalah berbunyi VAVI yang juga merujuk kepada sebutan versi lembut (sopan?) bagi perkataan ‘BABI’, yakni bahasa slanga kasar dan makian di kalangan rakyat Malaysia. Logiknya, sudah hampir pasti tiada pembida akan membeli nombor yang dikaitkan dengan haiwan tabu itu.

Tetapi apa ada pada nombor bukan? Di atas jalan sekarang pun kita sudah ada banyak pemandu yang tiada nombor pendaftaran VAV 1 tetapi masih berperangai tidak serupa manusia. Hah, jawab jawab!

* Gambar sekadar hiasan.

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ nombor pendaftaran nombor pendaftaran VAV 1 - VAV 9999 dibuka
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026

2 Comments

  1. Awie on 05/07/2017 11:37

    Btui2..memandu sambil main hp paling VAVI…

    Reply
  2. zaidi on 16/07/2017 11:01

    kenapa si taliban kuning jadi pilihan VAV1?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.