Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Sedia ETS Tambahan Sempena Aidilfitri, Hari Pekerja, Tiket Mula Jual Hari Ini
Auto Terkini

KTMB Sedia ETS Tambahan Sempena Aidilfitri, Hari Pekerja, Tiket Mula Jual Hari Ini

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize24/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA sambutan Aidilfitri dan Hari Pekerja tahun ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan dan tiketnya akan mula dijual pada jam 10 pagi hari ini.

Menurut KTMB, tambahan perkhidmatan ETS melibatkan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Padang Besar, dan sebaliknya serta laluan KL Sentral-Butterworth, dan sebaliknya pada 19-25 April.

BACA >>> Stesen KTMB Kajang 2 Mula Operasi Isnin Depan, 13 Mac
BACA >>> Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140

Tren tambahan itu menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket 13,860 tiket yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan dalam tempoh berkenaan.

Perkhidmatan tren ETS tambahan bagi kedua-dua laluan itu melibatkan 14 perkhidmatan dengan masing-masing menawarkan 4,410 tiket.

Sementara itu, perkhidmatan tren tambahan sempena Hari Pekerja yang melibatkan 16 perkhidmatan akan bermula pada 28 April hingga 1 Mei dengan jumlah tiket ditawarkan sebanyak 5,040,” kata KTMB.

Tiket sedia ada yang ditawarkan pada tarikh tersebut adalah sebanyak 109,890.

KTMB memaklumkan jadual ETS tambahan pada 19 April waktu berlepas sektor KL Sentral-Padang Besar adalah jam 11 pagi (Padang Besar-KL Sentral) dan 5.05 petang (KL Sentral-Padang Besar), manakala sektor KL Sentral-Butterworth pada jam 11.40 pagi (Butterworth-KL Sentral), dan 4.40 petang (KL Sentral-Butterworth).

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan membuat pembelian tiket awal bagi menikmati tambang fleksi lebih menjimatkan dan mengelakkan kehabisan tiket.

Orang ramai digalakkan mendapatkan tiket secara atas talian dan melihat jadual tren disediakan melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman web KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas,” kata KTMB.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau saluran media sosial rasmi KTMB.

BACA >>> KTMB Perkenal Kereta Api Khas ke Pantai Timur, Tambah Tiket ETS ke Utara
BACA >>> Menteri, KTMB Cadang Tren Percuma untuk OKU, Pelajar

SUMBER:  Bernama

 

Auto Terkini ETS hari pekerja hari raya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTM Tiket Raya ETS
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.