• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Perkenal Kereta Api Khas ke Pantai Timur, Tambah Tiket ETS ke Utara

KTMB Perkenal Kereta Api Khas ke Pantai Timur, Tambah Tiket ETS ke Utara

April 15, 2022 By Farah Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA sambutan Adilfitri tidak lama lagi,  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal memperkenalkan perkhidmatan tren khas, dipanggil Ekspres Khas Keluarga Malaysia, bermula 29 April ini.

Ekspres Khas Keluarga Malaysia itu disediakan untuk laluan Pantai Timur melibatkan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Tumpat, Kelantan dengan 516 tiket ditawarkan. Tiket tambang pula dijual bermula RM55 mengikut koc pilihan.

BACA >>> Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Beraya dengan SOP Ketat


Dalam kenyataan KTMB, tren khas itu akan berlepas pada jam 11 malam, 29 April ini dari Stesen KL Sentral dan berhenti di 17 stesen sepanjang laluan seperti Bandar Tasik Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Pulau Sebang, Mentakab, Jerantut, Gua Musang, Pasir Mas dan Tumpat.

Perjalanan balik dari Stesen Tumpat pula pada 7 Mei, jam 10.50 malam.

KTMB turut menambah Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sebanyak 4,368 tiket. ETS tambahan itu melibatkan perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar

Jualan tiket ETS tambahan dan tren khas sudahpun mula dijual hari ini (15 April), dan pengguna disarankan melakukan pembelian menggunakan aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman web KTMB.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.

BACA>>> Prasarana Lancar Pas Keluarga Malaysia, Naik Tren ke Mana Saja Bayar RM15 Sahaja
BACA>>> Henan Banjir Teruk Sampai Air Masuk dalam Tren

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ekspres Khas Keluarga Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), KTMB, Maghi Kelik Kampung, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), Raya, tren aidilfitri, tren khas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev