Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM Komuter

BERITA baik buat perantau yang merancang pulang ke kampung halaman menaiki tren sempena Aidilfitri 2026. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) mengumumkan penambahan 26 perkhidmatan khas bagi tempoh 17 hingga 29 Mac susulan permintaan tinggi dan jualan tiket sedia ada yang hampir habis.

Daripada jumlah tersebut, 18 perkhidmatan tambahan membabitkan tren ETS manakala lapan lagi adalah EMUPlus. Secara keseluruhan, tambahan ini menyediakan 8,118 tempat duduk sehari termasuk kelas perniagaan, menjadikan jumlah keseluruhan 105,534 tempat duduk ekstra sepanjang tempoh operasi khas tersebut.

Perincian Laluan Tambahan ETS dan EMUPlus

Bagi perkhidmatan ETS, lapan perjalanan tambahan melibatkan laluan JB Sentral – KL Sentral – JB Sentral. Laluan Ipoh – KL Sentral – Ipoh pula menerima enam tren tambahan, manakala Butterworth – KL Sentral – Butterworth serta Padang Besar – KL Sentral – Padang Besar masing-masing ditambah dua perkhidmatan.

Sementara itu, EMUPlus menawarkan lapan perjalanan tambahan bagi laluan Ipoh – KL Sentral – Ipoh. Secara keseluruhan, sepanjang musim perayaan ini akan ada 70 perkhidmatan tren sehari dengan kapasiti purata 21,978 tempat duduk sehari, menjadikan jumlah keseluruhan 285,714 tempat duduk sepanjang tempoh operasi khas.

Jualan Tiket Berperingkat

KTM memaklumkan bahawa tiket untuk 10 perkhidmatan tambahan sudah mula dijual bermula 1 Mac lalu, manakala selebihnya akan dibuka dalam masa terdekat. Penumpang disaran membuat pembelian awal memandangkan trend tahun-tahun sebelumnya menunjukkan tiket musim perayaan habis dalam tempoh singkat.

Tiket boleh dibeli menerusi aplikasi KITS Style, laman web rasmi KTM serta kiosk layan diri di stesen terpilih.
Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) – Pantai Timur

Selain ETS dan EMUPlus, KTM turut mengoperasikan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) edisi Pantai Timur. Perjalanan dari KL Sentral ke Tumpat dijadualkan pada 18 Mac, manakala perjalanan pulang dari Tumpat ke KL Sentral adalah pada 22 Mac.

Sebanyak 792 tiket ditawarkan untuk laluan ini termasuk gerabak katil. Setiap tren menyediakan 120 katil dengan harga RM90 (atas) dan RM95 (bawah). Turut tersedia tempat duduk Kelas Premier pada harga RM80 serta Kelas Superior berharga RM95.

ELA Edisi Utara – Tambahan 1,200 Tiket

Bagi laluan utara, tren khas ELA akan beroperasi ke arah utara dari 17 hingga 22 Mac dan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari 18 hingga 23 Mac. Sebanyak 1,200 tiket Kelas Superior ditawarkan pada harga RM70 sehala.

Dengan pertambahan kapasiti ini, KTM dilihat cuba memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat pulang beraya dengan selesa dan selamat menggunakan pengangkutan rel, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik lebuh raya menjelang musim perayaan.

Aidilfitri 2026 Balik Kampung Hari Raya Aidilfitri 2026 Keretapi Tanah Melayu KTM
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Leapmotor B05, EV Gaya Coupé, Jarak Sehingga 460 km, Ada Launch Control!

02/03/2026
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.