Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM RC 8C – Model Trek Edisi Terhad, Harga Mula RM178k!
Roda2

KTM RC 8C – Model Trek Edisi Terhad, Harga Mula RM178k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM akhirnya mendedahkan model trek terbaharu dipanggil KTM RC 8C dengan hanya 100 unit ditawarkan, berharga £30,999 (RM178,394) seunit.

RC 8C sebenarnya menggamit memori model replika GP sah atas jalan, KTM RC8 yang terpaksa dihentikan pengeluaran kerana terlalu laju. Berikut ialah perincian RC 8C:

  • Rancangan awal ialah menjual unit edisi terhad RC16 MotoGP tetapi ditukar kepada motosikal menandingi kelas Moto2 (prestasi dan kawalan).
  • Bukan produk tulen KTM tetapi berkait Kramer GP2-R 890 yang dihasilkan beberapa tahun lalu. Pembuatnya Kramer ialah beberapa bekas jurutera KTM dan menjual bilangan kecil motosikal untuk kegunaan trek.
  • Trenkuasa dwi-silinder selari LC8c sama seperti model 890 Duke R. Mampu mengekstrak kuasa 128hp bantuan kotak angin rekaan baharu, sistem ekzos Akrapovic dan pemetaan enjin baharu.

BACA >>> KTM Mahu Jual Motosikal Kelas Moto2 Edisi Terhad, Ada 100 Unit

  • Meminjam rekaan badan dan ventilator angin seperti jentera RC16 GP serta menggunakan frem trellis direka Kramer. Fairing badan diperbuat menggunakan material Kevlar diperkukuh GRP. Ada sepasang winglet.
  • Sistem suspensi membabitkan fork WP APEX PRO 7543 dan penyerap hentak tunggal APEX PRO 7746, kedua-dua boleh laras sepenuhnya.
  • Rim dibekalkan Dymag dan dibalut tayar 120/70R17 (depan) and 180/60R17 (belakang). Ada opsyen menggunakan tayar belakang 200/55R17. Berat kering motosikal ialah 140kg.

BACA >>> Inilah Sebab Yamaha Tidak Protes Winglet Swingarm Ducati, Rossi Pun Minta Pasang!

  • Sistem henti ialah brek Brembo Stylemas dengan cakera kembar 290mm (depan) dan cakera tunggal 230mm belakang. Ada pilihan ubah tetapan master cylinder dan kadar cengkaman mekanikal kepada posisi normal, sport atau race.
  • Dipasang instrumen meter lumba TFT 5 inci dengan fungsi rakaman data GPS, memaparkan maklumat enjin, masa lap dan tetapan ECU berbanding kelajuan.
  • Data boleh dimuat turun melalui AIM RaceStudio untuk dianalisis merangkumi posisi di trek, pembukaan terotal, rpm, gear, pecutan dan status enjin.

BACA >>> Brembo Perkenal Konsep Kaliper Brek Motosikal Bercahaya, Boleh Tukar Warna

  • Ada 25 pemilik berpeluang menikmati pengalaman tunggangan di KTM Factory Racing di Litar Jerez bersama Dani Pedrosa dan Mika Kallio dari 7 hingga 9 Oktober ini. Syaratnya kena buat bayaran tambahan.
  • Pedrosa dan Kallio akan kongsi tips tunggangan dan 25 penunggang itu akan dapat pakej istimewa litar merangkumi
    set tambahan rim Dymag, tambahan brek cakera, sepasang tayar hujan, tongkat depan dan belakang paddock, pemanas tayar, dan karpet pit KTM. Itu termasuk penginapan. Cuma, harga pakej itu belum diumumkan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?
BACA >>> KTM 750cc Akan Muncul Tahun Depan!
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Punca Plat Klac Motosikal Cepat Haus?
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah

SUMBER: Bike Sosial

Dani Pedrosa KTM RC 8C Mika Kallio
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.