Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah Punca Plat Klac Motosikal Cepat Haus?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah Punca Plat Klac Motosikal Cepat Haus?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/20194 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM buku manual ada dijelaskan, hayat penggunaan klac sekitar 15,000-20,000km atau kira-kira dua tahun untuk tunggangan normal. Namun, dalam situasi tertentu, plat klac hanya mampu bertahan beberapa bulan. Sebenarnya, ada beberapa punca yang menyebabkan klac tidak tahan lama atau pendek umur.

Antaranya, tabiat tunggangan buruk penunggang, seperti kerap membuka dan menutup klac sambil menyentak kasar terotel minyak, biarkan motosikal bergerak tanpa memulas terotel dengan menarik tuil klac (kononnya untuk jimat minyak) atau menunggang dengan tangan tidak melepaskan tuil klac sepenuhnya.

Cara menunggang lain yang berisiko membuatkan klac cepat haus ialah kerap menarik tuil klac ketika berhenti lama. Sebagai contoh, setiap kali berhenti di lampu isyarat merah, anda kerap menahan tuil klac dalam posisi gear masuk kerana malas meneutralkan transmisi.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak

Sebaiknya, jika berhenti lama (sekitar seminit), tuil klac sepatutnya dibebaskan, manakala posisi gear dalam neutral. Kemudian, apabila hendak bergerak, barulah tuil klac ditarik, serentak dengan memasukkan gear.

Selain tabiat menunggang, masalah klac cepat haus juga berpunca daripada tetapan klac yang disetkan terlalu dekat (klac pendek). Cara ini mungkin memudahkan kita menukar gear, tetapi risikonya, kita perlu menarik tuil klac ketika motosikal dalam halaju rendah.  Jarak bebas (free) klac yang betul ialah sekitar 1.5-2sm dan ini mampu memanjangkan jangka hayat plat klac.

Lebih penting, gunakan plat klac disarankan pengeluar motosikal. Alat ganti OEM mungkin mahal, tetapi kualiti dimiliki lebih bagus dan mampu bertahan lebih lama berbanding produk lokal atau bukan OEM.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan

SUMBER: Suzuki.co.id

Auto Terkini jenis klac Klac klac motosikal maksud klac motor klac TahukahAnda
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026

4 Comments

  1. Anwar on 23/04/2019 09:14

    Admin, bagaimana pula penjagaan Clutch bagi motosikal Semi Manual @ Auto Clutch?

    Apakah punca Clutch cepat haus pada Clutch plate & mangkuk Auto Clutch bermasalah?

    Reply
    • Boy on 10/07/2019 20:52

      Nak jaga Auto clutch ni senang je… jaga minyak hitam jgn lebih millage dgn jgn over rpm… clutch cepat haus sebab quality barang, berat penumpang dgn cara bawa motor…

      Reply
  2. charlea on 10/08/2019 09:24

    salam admin.. nak tanya kalau gear sush masuk.. sama ada nak naik gear atau drop agak sush nak masuk.. kena main skit klac tngan bru masuk itupun ada bunyi menyentak.. apa masalah ya.

    Reply
  3. Boys on 16/11/2021 01:08

    xthu

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.