Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kren Tumbang Jejas Perkhidmatan Tren KTM Komuter, Kargo dan ETS
Auto Terkini

Kren Tumbang Jejas Perkhidmatan Tren KTM Komuter, Kargo dan ETS

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH kren yang digunakan untuk pembinaan parkir bertingkat Perbadanan Aset Keretapi (RAC) tumbang di tepi landasan di KM355.749 antara Rawang dan Kuang, sekali gus menyebabkan gangguan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Gangguan berlaku semalam kira-kira jam 5.53 petang yang dijangka berlanjutan hingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata;

Serpihan kren itu menyebabkan talian atas kedua-dua jajaran kereta api terputus, sekali gus menyebabkan gangguan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang, tren kargo dan Tren Elektrik (ETS).

“Kren berkenaan dilaporkan mendap di kawasan binaan dan condong ke arah landasan sebelum struktur bahagian atas kren patah dan jatuh menimpa kedua-dua talian atas lalu memutuskan talian.

“Ada empat bahagian kren terputus dan jatuh atas landasan. Punca kejadian masih dalam siasatan, termasuk soal siasat.”

GANGGUAN PERJALANAN

KTM Komuter
  • Laluan KL Sentral ke Tanjung Malim ditamatkan perjalanan di Stesen Sungai Buloh.
  • Laluan Tanjung Malim ke KL Sentral ditamatkan di Stesen Serendah.
  • KTMB menggunakan bas pengantara sebagai pengangkutan antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Serendah.
ETS
  • Dari Padang Besar ke Gemas, perkhidmatan tren ditamatkan di Tanjung Malim.
  • Penumpang dibawa menaiki bas dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh. Mereka kemudian boleh menaiki tren ETS ke Gemas atau Kuala Lumpur.
  • Bagi perkhidmatan ETS Gemas-KL Sentral, Butterwoth-Gemas dan KL-Sentral-Padang Besar, penumpang diatur menaiki ETS ke Stesen Sungai Buloh sebelum menaiki bas ke Stesen Tanjung Malim dan meneruskan perjalanan dengan ETS ke Utara.

JUMLAH PENUMPANG TERJEJAS

  • 12 Disember: 10,000 orang (anggaran 7,000 penumpang Komuter, 3,000 penumpang ETS).
  • 13 Disember: Jangkaan 30,000 penumpang (anggaran 20,000 Komuter dan 10.000 penumpang ETS).

JUMLAH TREN TERJEJAS

  • 32 perkhidmatan ETS.
  • 46 perkhidmatan KTM Komuter.
  • Sebanyak 18 bas pengantara disediakan untuk penumpang ETS dan 6 bas lain untuk KTM Komuter.

PERKHIDMATAN KARGO

  • Dihentikan perjalanan buat masa ini dan pelanggan sudah dimaklumkan.

BAYARAN BALIK

  • Jika ada penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan, KTM akan memulangkan semula tambang melalui KTM e-Wallet.
Auto Terkini ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kren tumbang jejas perjalanan KTM KTM KTM ETS KTM Komuter KTMB Perbadanan Aset Keretapi (RAC)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.