Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024
Auto Terkini

KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

SyafieBy Syafie31/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya membanteras ketirisan dan penyeludupan petrol dan diesel dengan jumlah rampasan melebihi RM32 juta sejak awal 2024 hingga 27 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi), Shamsul Nizam Khalil berkata, kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaan Ops Tiris 3.0 yang bermula 1 Januari 2024.

Lebih 38,000 Pemeriksaan Dilaksana

Menurut beliau, sepanjang tempoh operasi, sebanyak 38,615 pemeriksaan sudah dijalankan melibatkan 1,371 kes dengan tangkapan seramai 667 individu.

Jumlah rampasan bagi pelbagai barang kawalan termasuk petrol dan diesel mencecah RM32,086,839.88, manakala nilai keseluruhan rampasan sepanjang operasi ialah RM146,015,771,” katanya.

Operasi Bersepadu Pelbagai Agensi

Ops Tiris 3.0 dilaksanakan secara kolaborasi strategik bersama beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Langkah penguatkuasaan merangkumi pemeriksaan di pintu sempadan, stesen minyak dan pemborong, selain pemantauan di kawasan berisiko tinggi bagi mengekang penyalahgunaan subsidi bahan api.

Amaran Tegas Kepada Sindiket

Shamsul Nizam menegaskan KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan subsidi, termasuk penyalahgunaan kad subsidi diesel atau ‘fleet card’.

Kita beri amaran keras kepada individu dan sindiket agar tidak mengambil kesempatan, terutama dalam situasi konflik global ketika ini.

Menyeleweng subsidi adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara,” tegasnya.

Fokus Kawalan Sempadan

Tambah beliau, operasi bersepadu akan terus dipertingkatkan khususnya di pintu sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan bahan api ke negara jiran seperti Thailand.

Dalam masa sama, KPDN turut menyeru orang ramai menyertai inisiatif KITA GEMPUR bagi membantu menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ketirisan dan manipulasi barang kawalan.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Ops Tiris 3.0
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.