Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kos Servis Bezza Lagi Mahal Berbanding Proton Persona (2019), Ini Jawapan Perodua!
Auto Terkini

Kos Servis Bezza Lagi Mahal Berbanding Proton Persona (2019), Ini Jawapan Perodua!

Abang GYLBy Abang GYL16/03/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA majlis previu Proton Persona (2019) facelift bersama media baru-baru ini, salah satu paparan slaid menunjukkan kos penyenggaraan model subkompak itu yang 32 peratus lebih murah berbanding model ‘B’ dan ‘C’.

Jelas masing-masing faham yang model B dimaksudkan itu ialah Perodua Bezza, dan perbandingan itu disiarkan beberapa portal permotoran. Susulan itu, Perodua dalam satu kenyataan dihantar kepada media menjelaskan maklumat digunakan beberapa laporan media (bukan kami) sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, perbezaan kos adalah tidak tepat kerana perbandingan dibuat tidak setaraf.

Menurutnya, kos penyenggaraan Persona dikira seperti yang dijadualkan dalam buku servis atau manual pemilik. Sebaliknya, pengiraan Bezza pua dibuat berdasarkan kos ‘Penyelenggaraan Pencegahan’ (opsyen) dan bukan kos mengikut jadual seperti dicadangkan buku servis sedan Perodua itu tersebut.

BACA >>> Proton Persona (2019) Facelift Lagi Macho & Awesome!

KAMI GUNA MINYAK PELINCIR PREMIUM 0W-20

Berikut kenyataan Zahari;

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan kos penyenggaraan Perodua Bezza pada tahun ke-5 hanya RM44 atau 1.4 peratus dan bukan 32 peratus seperti dilaporkan. Perbezaan ini kerana kos premium pelincir gred 0W-20 untuk Bezza berbanding 10W-30 bagi Proton Persona.

“Selain itu, Perodua Bezza menggunakan palam pencucuh Iridium untuk kecekapan bahan api dan prestasi enjin lebih lancar. Malah, pemilik Bezza membayar RM239.55 kurang berbanding pemilik Persona pada kos penyenggaraan pada akhir tahun ke-3.

“Bagi pemilik yang sanggup berbelanja lebih daripada disyorkan dalam manual penyenggaraan, Perodua juga menawarkan pakej pencegahan pilihan atau dikenali sebagai ‘Pro Care’.

“Pakej ini termasuk penjajaran dan imbangan (alignment & balancing) tayar, servis penyaman udara, dan penukaran komponen berkaitan untuk memastikan kelancaran pemanduan dan ketenangan fikiran pemilik.”

Zahari turut menasihati kepada orang ramai supaya mengesahkan terlebih dahulu kandungan laporan dengan merujuk kepada sumber betul.

BACA >>> Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

harga servis proton persona 2019

harga bezza kos servis perodua bezza kos servis proton persona Proton Persona (2019) Facelift
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.