• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kisah Inspirasi Tentang Bagaimana Pelumba Remaja Tanpa Kaki Ini Mahu Berlumba Semula

Kisah Inspirasi Tentang Bagaimana Pelumba Remaja Tanpa Kaki Ini Mahu Berlumba Semula

February 22, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


BILLY Monger - anak muda ini hilang dua kaki akibat kemalangan tragis ketika berlumba dalam Kejuaraan Formula 4 British, April tahun lalu. Namun, tragedi ngeri itu langsung tidak mematahkan semangat untuk dia mengejar impian sebagi pelumba profesional.

Selepas pulih, Monger memulakan kembali kariernya sebagai pelumba. Cuma situasi tidak lagi seperti dulu kerana dia kali ini perlu menyesuaikan diri menggunakan kawalan tangan sepenuhnya untuk memandu kereta lumba pada kelajuan 241kmj.

Billy_morgen_F33
Billy_morgen_F31
Billy_morgen_F32

Monger juga bakal memulakan langkah memasuki Kejuaraan Formula 3 British. Selain melakukan ujian bersama pasukan Carlin, Monger juga memerlukan banyak tajaan menjelang musim perlumbaan akan datang. Tetapi sebelum berlumba semula, dia perlu terlebih dahulu membiasakan diri dengan jentera rasmi Formula 3 dengan keadaan fizikalnya yang tanpa kaki.

SEGALA BERUBAH

Menurut Monger, yang berusia 19 tahun pada Mei ini, dia menghabiskan 12 tahun untuk mempelajari teknik pemanduan dalam pelbagai keadaan, tetapi kini semua berubah. Dia perlu menggunakan satu kaki palsu untuk menekan pedal brek, manakala terotel dikawal tangan kiri. Ini bermakna dia perlu membrek menggunakan kaki palsu, manakala aksi berlumba menggunakan stereng.

Billy_morgen_F36
Billy_morgen_F35
Billy_morgen_F34

"Satu perkara berubah adalah kedudukan terotel yang kini diletakkan di kiri stereng.

"Menukar gear pada kereta biasa berada di sisi kanan dan kiri bawah. Tetapi untuk saya, kedua-duanya berada pada sisi yang sama. Jika kemalangan itu tidak berlaku, saya sudah buat lebih banyak ujian. Tetapi sekarang, saya perlu praktis dan kenal pasti kawalan yang ada," katanya.

Monger berkata, dia kini masih cuba menyesuaikan diri dengan cara kawalan baru dalam tempoh beberapa bulan sebelum musim perlumbaan Formula 3 British bermula April nanti.

VIDEO

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Billy Monger, British Formula 3, British Formula 4, Formula 3, Formula 4, Formula 4 British, kemalangan, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
    #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my