Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia UK Lancar Edisi ‘Shadow’ untuk Picanto, Stonic dan Sportage
Roda4

Kia UK Lancar Edisi ‘Shadow’ untuk Picanto, Stonic dan Sportage

Abang HirataBy Abang Hirata03/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL Black Edition sudah menjadi ikutan pengeluar kereta masa kini tanpa mengira jenama kebanyakan atau mewah.

Ini pula tawaran terbaru dari Kia UK, yang bukan Black Edition, tetapi model edisi khas ‘Shadow’ untuk tiga model serentak, iaitu Picanto, Stonic dan Sportage.

Jika Black Edition menggunakan komponen dan kemasan gelap, Shadow daripada Kia pula tampil dengan tona dalaman dan cat premium eksklusif.

Shadow bukan baru ‘timbul’, tetapi sudah digunakan Kia sejak beberapa tahun lalu. Shadow edisi 2024 diasaskan daripada varian 3 setiap model yang sudah dilengkapi pelbagai ciri standard.

1. Kia Picanto Shadow

Kia Picanto generasi ketiga sudah lama di pasaran sejak 2017. Walaupun lama, Kia memberi nafas baharu pada Julai 2023 dengan rupa depan dan belakang segar ibarat model baharu.

Sempena ulang tahun ke-20 Kia di Britain tahun ini, Picanto pada Ogos 2023 melepasi angka jualan 250,000 unit. Berikut spesifikasi Kia Picanto Shadow:

  • Dijana enjin petrol 1.2L berkuasa 77hp dan pilihan transmisi manual atau automatik manual (AMT).
  • Dengan tambahan £500 (RM2,997) berbanding Picanto 3, pelanggan dapat bergaya dengan pilihan warna premium seperti Adventurous Green (hijau), Astro Grey (kelabu) atau Midnight Black (hitam).
  • Harga ditawarkan pada £18,045 (RM108,195) untuk manual dan £18,745 (RM112,380) untuk AMT.

2. Kia Stonic Shadow

Kia Stonic ialah nama asing di Malaysia, ]tetapi tidak di Eropah dan pasaran lain seperti China (KX1) dan Pakistan.

Stonic juga dikeluarkan sejak 2017 dan model khas terakhir diperkenal di Britain pada 2022. Berbanding varian 3, Kia Stonic Shadow dilengkapi:

  • Rim aloi 17 inci warna kelabu khas.
  • Pilihan warna badan seperti Midnight Black (hitam), Astro Green (hijau) dan Smokey Blue (biru) yang baharu untuk model ini.
  • Ruang dalam dihiasi sulaman biru pada kerusi dan stereng dan aksen biru pada konsol tengah.
  • Dijana enjin hibrid ringan (MHEV) 1.0L berkuasa 98hp dan ditawarkan dalam pilihan tranamisi manual pada harga £22,995 (RM137,885) dan dual-klac (DCT), £23,995 (RM143,880).

3. Kia Sportage Shadow

Kia Sportage bukan nama asing dalam kalangan pengguna tempatan, kecuali generasi kelima yang dikeluarkan sejak 2021.

Pengguna di Britain sangat menggemari Sportage hingga kenderaan utiliti sukan (SUV) ini menduduki ranking ketiga kereta terlaris di negara itu pada suku pertama tahun ini.

Fakta lain, Sportage bukan saja digemari di Britain, tetapi juga menjadi model Kia paling popular Eropah dan antarabangsa. Rekabentuk Sportage memang unik dengan lampu depan tersendiri, dan didatangkan dalam dua saiz, iaitu jarak roda pendek (SWB) untuk Eropah dan panjang (LWB) untuk Amerika Utara dan beberapa negara lain.

Berikut spesifikasi Kia Sportage Shadow:

  • Dijana enjin hibrid 1.6L dengan kemasan krom gelap pada bampar depan dan belakang serta pendakap badan sisi.
  • Trim tingkap dan spoiler dibuat dalam warna hitam kilat.
  • Ditawarkan pilihan warna badan Experience Green (hijau), Phantom Black (hitam) dan Wolf Grey (kelabu).
  • Ruang dalaman menggunakan pek Midnight Green baharu.
  • Harga ditawarkan £36,485 (RM219,220), sama seperti Sportage 3 hibrid.
Kia Kia Picanto Kia Shadow Kia Sportage Kia Stonic Kia UK Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.