Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Tasman 2025 Untuk Korea, 2.5L Turbo Petrol Tanpa Diesel, Daripada RM115 Ribu
Auto Terkini

Kia Tasman 2025 Untuk Korea, 2.5L Turbo Petrol Tanpa Diesel, Daripada RM115 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata12/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Kia Tasman X-Pro 2025

PADA Oktober 2024, PanduLaju memaparkan pengenalan Tasman, pikap trak pertama dari Kia (untuk pengguna awam) yang berlangsung di Pameran Motor Antarabangsa Jeddah.

Kini tiba masanya untuk pelanggan di Korea membuat tempahan setelah ditawarkan secara rasmi.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Tasman hadir dengan rekaan utilitarian dan sedia untuk bekerja di tapak perlombongan, ladang, hutan, kuari, tapak bina dan bergandingan dengan lori-lori besar.

Seperkara lagi, untuk pengguna awam di atas bermaksud Kia sudah pun mempunyai trak kargo KM450 bagi kegunaan tentera.

Penamaan dan varian Tasman di Jeddah berbeza daripada Korea. Daripada varian tersebut, X-Pro yang berkongsi nama tampil dengan ciri-ciri lebih lasak.

Kia Tasman X-Pro 2025

Enjin diesel dan kotak gear manual tidak disenaraikan dan Tasman dibekalkan enjin petrol 2.5 liter turbo dengan kotak gear automatik.

Kenderaan tertentu seperti pikap kecil dengan enjin diesel tidak lagi dibenarkan di Korea bermula tahun 2024.

Kia Tasman 2025

Varian & Harga

  • Dynamic: ₩37.5 juta (RM115,346).
  • Adventure: ₩41.1 juta (RM126,420).
  • Extreme: ₩44.9 juta (RM138,108).
  • X-Pro (model off-road khas): ₩52.4 juta (RM161,178).
Kia Tasman – Jeddah

Prestasi

  • Enjin 2.5L Turbo petrol dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • 281 PS dan 421 Nm.
  • Penggunaan bahan api: 8.6 km/L (model asas 2WD dengan roda 17-inci).
  • Keupayaan menunda: Sehingga 3.5 tan, dengan Mod Tow yang mengoptimumkan transmisi.
  • Keupayaan meredah air: 800mm pada 7 km/j (saluran udara terletak pada fender sisi).
Kia Tasman – Jeddah

Ciri Off-Road (X-Pro Model)

  • Kelegaan bumi: 252mm (+28mm lebih tinggi daripada model 4WD biasa).
  • Tayar Semua Permukaan (All-Terrain) untuk cengkaman lebih baik.
  • e-LD (Kunci Diferensial Elektronik) untuk kawalan lebih baik di permukaan mencabar.
  • X-TREK: Kawalan kelajuan rendah untuk laluan off-road.
  • Mod “Rock” untuk permukaan berbatu.
  • Monitor Pandangan Bawah: Paparan permukaan bawah hadapan kereta pada skrin infotainmen.
  • Skrin Off-Road: Paparan suhu enjin, transmisi & cecair dalam masa nyata.
Kia Tasman – Jeddah

Reka Bentuk & Luaran

  • Gril hadapan “Tiger Face” & lampu “Star Map Signature”.
  • Ruang simpanan sisi pada fender & pemijak tepi bampar belakang.

Dalaman & Teknologi

  • Paparan “Panoramic Wide Display” dengan sistem ccNC terbaru Kia.
  • Sistem audio premium Harman/Kardon.
  • Meja konsol lipat & sistem pengecasan tanpa wayar dua jenis.
  • Tempat duduk baris kedua boleh gelangsar & baring (pertama dalam kelasnya).
  • Pintu belakang boleh dibuka sehingga 80° untuk akses mudah.
  • Ruang storan 29L di bawah tempat duduk belakang.
Kia Tasman – Korea

Ruang Kargo & Kapasiti

  • Saiz ruang kargo (bed): 1,512mm (P) × 1,572mm (L) × 540mm (T).
  • Kapasiti muatan: Sehingga 700kg (~1,173L storan).
  • Aksesori tambahan: Kanopi (single/double decker), sports bar, penutup bed, bed gelangsar, pemijak sisi.
Kia Tasman – Jeddah

Keselamatan & Bantuan Pemandu

Ciri ADAS (Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan):

  • Pengesanan genggaman stereng.
  • Kawalan jelajah pintar dengan bantuan navigasi.
  • Bantuan pemanduan lebuh raya 2.
  • Bantuan kekal lorong 2.
  • Bantuan cegah perlanggaran ketika parkir belakang.
  • Kamera amaran tumpuan pemandu.
  • Kamera dashcam terbina “Built-in Cam 2 Plus” dengan pengesanan pergerakan (pertama untuk model Kia).
  • Kunci Digital 2 dengan bantuan parkir pintar.
  • Sistem pengecaman cap jari, kemas kini OTA, Kia Connect Store, Kia Pay, e-HiPass.

Kia Tasman 2025 Korea:

Kia Tasman X-Pro 2025
Kia Tasman 2025
Kia Tasman – Korea

Kia Tasman 2025 – Pelancaran di Jeddah:

Kia Tasman – Jeddah
Kia Tasman – Jeddah
Kia Tasman – Jeddah
Kia Tasman – Jeddah
Kia Kia Tasman
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.