Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Tasman Diperkenal, Gaya Utilitarian, Untuk Belasahan Berbanding Bergaya, 2.5L Petrol, 2.2L Diesel
Auto Terkini

Kia Tasman Diperkenal, Gaya Utilitarian, Untuk Belasahan Berbanding Bergaya, 2.5L Petrol, 2.2L Diesel

Abang HirataBy Abang Hirata31/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SETELAH berkongsi maklumat sejak beberapa bulan lalu, Kia Tasman akhirnya diperkenal yang juga trak pikap Kia pertama. Lebih tepat, pertama untuk pengguna awam kerana Kia sudah pun mempunyai trak kargo KM450 bagi kegunaan tentera.

Kia mengambil jalan berbeza, daripada membangunkan pikap dengan menggabungkan gaya hidup di hutan bandar dan hutan hijau, Tasman direka mengikut gaya utilitarian dan terbuka sebagai kenderaan belasahan.

Konsep yang tepat ialah kenderaan menjadi hamba kepada manusia dan bukan sebaliknya. Satu lagi sudut yang boleh dipandang ialah Tasman juga sesuai untuk kegunaan tentera di mana Kia dilantik sebagai syarikat industri pertahanan Korea pada tahun 1973 lagi.

Walaupun tampil dengan pikap jalanan pertama, Kia sudah berpuluh tahun bermain di dalam pengeluaran kenderaan tujuan khas. Tempat tinggal Tasman ialah di tapak perlombongan, ladang, hutan, kuari, tapak bina dan bergandingan dengan lori-lori besar.

Luar nampak utilitarian namun rekaan dalam langsung berbeza ibarat dua dunia berlainan dan tampil dengan gayaan moden dan berfesyen seperti kereta hari ini.

Tasman telah melalui 1,777 ujian khusus yang dijalankan pada lebih 18,000 pusingan penilaian. Ujian merangkumi pelbagai keadaan dari keupayaan off-road kepada laluan berair, ketahanan untuk menunda pada semua rupa bumi dan prestasi pemanduan dan pengendalian.

Tasman diperkenal pada Pameran Kenderaan Jeddah dan ditayang dalam varian Baseline Double Cab, X-Line Double Cab, X-Pro Double Cab dan X-Pro Double Cab Customized.

Rekabentuk

  • Rekaan jeriji radiator dan bampar yang menonjolkan kelebaran kereta.
  • Trim but dan bingkai jeriji membawa Kia Tiger Face.
  • Rekabentuk lampu jenis langsing.
  • Cermin besar dan cermin belakang jenis menegak dan dipadan bersama panel 45 darjah di sisi.
  • Fender dengan kemasukan udara pada bahagian dalam dan ruang simpanan.
  • Pintu bed belakang dengan cetakan logo Kia dan pembuka pintu bersama lampu brek diletakkan pada aras tinggi untuk kebolehgunaan dan konsep utilitarian.
  • Perkakasan khas untuk kedapan bunyi.
  • Sembilan warna: Clear White, Snow Pearl White, Steel Gray, Interstellar Gray, Cityscape Green, Runway Red, Aurora Black Pearl, Tan Beige, Denim Blue.

Ukuran:

  • Badan: 5,410 mm (p) x 1,930 mm (l) x 1,920/1,890/1,870 mm (t).
  • Bed: 1,512 mm (p) x 1,572 mm (l) / 1,186 mm di antara roda x 540 mm (d), kapasiti 1,173 liter.
  • Jarak roda: 3,270 mm.
  • Kelegaan bumi: 231 mm (2WD), 252, 224 mm (4WD).

Rekaan dalaman

  • Skrin memanjang, 12.3″ + 5″ + 12.3″.
  • Stereng pelbagai fungsi.
  • Pilihan sistem audio premium Harman Kardon dengan 8 pembesar suara.
  • Liang penyaman udara dengan jeriji bentuk sarang lebah yang mendominasi papan pemuka dari kanan ke kiri.
  • Konsol tengah besar dan boleh lipat, dua pad pengecas tanpa wayar.
  • Kotak simpanan di bawah kerusi belakang dengan kapasiti 33 liter.
  • Ruang bahu dan ruang kaki penumpang belakang berukuran 940 mm.
  • Kerusi belakang boleh dilaras di antara 22 sehingga 30 darjah.
  • Perkakasan dalaman lestari seperti bio-plastik, fabrik PET kitar semula, kulit sintetik bio-PU, komposisi cat bebas BTX dan cat-bio.
  • Warna dalaman: Onyx Black/Medium Gray, Espresso Brown/Onyx Black, Deep Green/Medium Gray, Deep Green/Terracotta Brown.

Rangkaian kuasa

  • 2.5 liter turbo petrol Theta 3, 8-kelajuan automatik, 281 ps, 421Nm. 0 – 100 km/j 8.5 saat, pecutan maksimum 185 km/j. (Korea).
  • 2.2 liter turbo diesel R, 8-kelajuan automatik, 210 ps, 441Nm. 0 – 100 km/j 10.4 saat, pecutan maksimum 185 km/j. (Australia).
  • Enjin diesel dengan pilihan kotak gear automatik atau 6-kelajuan manual (bergantung pada pasaran, Timur Tengah, Afrika dll).
  • Beban muatan 1,195 kg (mod 2WD), kapasiti tunda 3,500 kg.

Casis 

  • Pelantar body-on-frame.
  • Suspensi depan double wishbone, belakang rigid axle dengan pegas daun, penyerap hentak pemasangan menegak.
  • Sistem Sensitive Damper Control (SDC) dan Hydraulic Rebound Stop.

Trim dan varian/gaya badan

  • Base.
  • X-Line: Untuk prestasi di laluan off-road, jarak bumi 28 mm lebih tinggi kepada 252 mm. Rim 17 inci warna hitam kilat, tayar AT (all-terrain).
  • X-Pro: Rim aloi 18 inci.
  • Bed dengan empat pilihan: Single Decker, Double Decker, Sports Bar dan Ladder Rack.
  • Double dan single cab.

Keupayaan

  • Kemasukan udara di dalam fender untuk mengharungi laluan berair.
  • Keupayaan merentasi air sehingga 800 mm pada kelajuan 7 km/j.
  • Penyambung kalis air pada beberapa bahagian dalaman kereta.
  • Pacuan semua roda (AWD) standard pada X-Line dan X-Pro. Pilihan pada varian asas. Tiga mod pemanduan; ECO, Smart dan Sport. Pelbagai mod permukaan bumi.
  • Tambahan mod Rock untuk X-Pro.
  • Mod Desert, Mud, Snow, Rock standard pada varian AWD (Timur Tengah, Afrika).
  • Sand, Mud, Snow, Rock standard pada varian AWD (Australia dan pasaran umum lain).
  • Electronic Locking Differential (e-LD) dan X-Trek (X-Pro).
  • Ground View Monitor (GVM).

Praktikaliti

  • Pemijak bucu.
  • Bed bernyala.
  • Outlet kuasa (240V untuk Australia, 220V pasarn lain).
  • Lantai kargo boleh gelangsar.
  • Konsol tengah saiz besar untuk kegunaan kerja.

Teknologi bantuan pemanduan

  • Highway Driving Assist 2 (HDA 2)
  • Bantuan Pengekalan Lorong, Amaran Pelanggaran Titik Buta, Highway Driving Assist 2 (HDA 2), Bantuan Parkir Kawalan Automatik (Remote Parking Assist).
Kia Tasman – Jeddah
Kia Tasman – Jeddah
Kia Tasman – Jeddah
Kia Tasman – Jeddah
Kia Kia Tasman
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.