Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»KIA Sportage Generasi Kelima Lancar dalam Empat Varian, Harga Mula RM150k!
Roda4

KIA Sportage Generasi Kelima Lancar dalam Empat Varian, Harga Mula RM150k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DINAMIKJAYA Motors memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) KIA Sportage generasi kelima ke pasaran Malaysia pada harga anggaran bermula serendah RM150,000 seunit.

SUV yang dibangunkan berasaskan platform generasi ketiga N3 itu ialah produk pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Inokom di Kulim, Kedah.

Berikut perincian l KIA Sportage 2025 generasi kelima:

VARIAN, ANGGARAN HARGA

KIA Sportage 2025 hadir dalam empat varian pada harga seperti di bawah:

  • KIA Sportage 2.0 – RM150,000
  • KIA Sportage 2.0 High (2WD) – RM160,000
  • KIA Sportage 1.6T High (2WD)- RM180,000
  • KIA Sportage 1.6T High AWD – RM190,000

TRENKUASA

KIA Sportage generasi kelima ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa berkapasiti 1.6L turbo dan 2.0L yang boleh diisi dengan bahan api petrol RON95.

Kapasiti tangki minyak sama besar iaitu 54 liter. Berikut perincian enjin:

Enjin Smartstream

  • 2.0L MPI 4-silinder sebaris 1,999cc DOHC 16-injap D-CVVT menawarkan kuasa 154hp @ 6,200rpm dan tork 192Nm pada 4,500rpm.
  • Transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Kelajuan maksimum 181kmj.

Enjin Gamma II (Turbo)

  • 1.6L T-GDI 4-silinder sebaris 1,598cc 16-injap D-CVVT berkuasa 177hp @ 5,500rpm dan tork 265Nm @ 1,500-4,500rpm.
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan e-shift.
  • Kelajuan maksimum 201kmj.

WARNA PILIHAN

  • Ada empat warna pilihan disediakan: Astra Blue (biru), Meteor Grey (kelabu), Snowflake White Pearl (putih) dan Jet Black (hitam).

DIMENSI

  • Semua varian memiliki ukuran saiz badan sama (kecuali 1.6T High AWD), iaitu panjang 4,660mm, lebar 1,865mm, dan tinggi 1,660mm (1.6T High AWD: 1,665mm), manakala jarak roda 2,755mm.
  • Jarak tinggi bumi 181mm.
  • Berat varian 2.0L, 1,578kg, Sportage 1.6L High (1,626kg), manakala High AWD (1,684kg).

LUARAN

  • Lampu utama dan lampu siang (DRL) LED, tetapi Sportage 1.6L dilengkapi paparan projektor. Sistem lampu depan jenis nyalaan automatik dan boleh dilaras manual.
  • Kombinasi lampu belakang untuk varian 2.0L berasaskan lampu LED dan mentol, tetapi varian 1.6L menggunakan LED sepenuhnya.
  • Varian Sportage paling asas tiada lampu kabus depan dan lampu aluan. Tiga varian lain dilengkapi lampu kabus LED, manakala semua varian dipasang lampu kabus belakang jenis halogen.
  • Cermin depan dilengkapi sensor hujan dan entri tanpa kunci (keyless entry).
  • Cermin sisi boleh laras dan tutup elektrik, serta dilengkapi ciri pemanas dan indikator lampu signal belok.
  • But belakang elektrik kecuali varian asas Sportage 2.0.
  • Varian asas Sportage 2.0 tiada sensor depan, tetapi ada empat sensor belakang. Varian lain dilengkapi empat sensor depan-belakang.
  • Hanya varian perdana Sportage 1.6L High AWD dilengkapi rel bumbung.
  • Kemasan bampar depan, belakang, pintu dan skirt sisi varian asas menggunakan warna hitam (untuk material) dan perak.
  • Varian 2.0L High dan dua lagi varian 1.6L mengetengahkan tona hitam kilat dan krom.

KABIN

  • KIA Sportage 2025 generasi kelima menggunakan butang penghidup enjin, brek parkir elektronik (EPB) dan stereng dengan butang kawalan serta cemin pandang belakang jenis automalap.
  • Kluster instrumen meter varian 2.0L jenis  LCD berwarna TFT 4.2 inc, manakala varian 1.6L  sebesar 12.3 inci.
  • Cermin tingkap kuasa hanya untuk tempat pemandu dengan fungsi naik-turun bergantung jenis varian (varian asas cuma turun automatik).
  • Menggunakan balutan material kulit untuk semua varian High, manakala Sportage 2.0 menerima salutan sintetik.
  • barian 1.6L menerima pedal syif.
  • Stereng semua varian boleh laras condong (tilt) dan teleskopik.
  • Sistem penyaman udara dwi-zon untuk tempat duduk baris depan, dan ada corong penyaman udara penumpang belakang.
  • Varian 1.6L menggunakan skrin sentuh, manakala 2.0L jenis butang kawalan.
  • Menyediakan kerusi boleh laras manual 6-tetapan untuk  varian asas dan kerusi boleh laras elektrik 8-tetapan, termasuk lumbar 2-tetapan untuk varian High.
  • Kerusi penumpang depan jenis boleh  laras manual 4-tetapan.
  • Tempat duduk belakang boleh direbah 60:40, manakala varian tertinggi boleh direbah secara kawalan jauh (remote).
  • Balutan fabrik untuk varian asas, manakala varian lain mendapat kemasan kulit.
  • unit infotainmen skrin sentuh 8 inci untuk varian 2.0L, skrin sentuh 12.3 inci untuk 1.6L.
  • Semua varian ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Varian tertinggi menerima sistem pembesar suara Harman Kardon.

  • Varian 2.0L dilengkapi kamera belakang, manakala siri 1.6L dengan kamera pandang keliling.

KESELAMATAN

  • Semua varian dilengkapi sistem beg udara pemandu dan penumpang depan, beg udara sisi dan tirai.
  • Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS).
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Bantuan Kawalan Mula Daki (HSCA)
  • Brek Pegun (Auto Hold)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pautan kerus kanak-kanak ISOFIX

Tiga varian High menerima teknologi keselamatan termaju (ADAS) yang terdiri daripada:

  • Bantuan Lampu Tinggi (AHB)
  • Amaran Titik Buta (BSA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BSCAA)
  • Monitor Pandangan Zon Titik Buka (hanya untuk varian 1.6L)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Fokus Pemanduan Pemandu (DDAW)
  • Bantuan Cegah Perlanggaran Depan (FCAA)
  • Bantuan Ikut Lorong (LFA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (ICC)

Waranti pengilang selama lima tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu) dan pakej penyelenggaraan berjadual percuma untuk tempoh sama.

Dinamikjaya Motors Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia KIA Sportage 2025 Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.