Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Niro 2026 Facelift Lebih Bersahaja, Bakal Kembali ke Malaysia?
Roda4

Kia Niro 2026 Facelift Lebih Bersahaja, Bakal Kembali ke Malaysia?

Abang HirataBy Abang Hirata26/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kia Niro 2026 Facelift

KIA memperkenalkan rekabentuk luaran dan dalaman model Kia Niro 2026 versi dipertingkat (facelift). Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B itu adalah kemas kini terbaharu Kia Niro generasi kedua yang asalnya diperkenalkan pada 2021.

Selepas kira-kira empat tahun di pasaran, Kia Niro kini tampil dengan estetika lebih matang dan peningkatan ciri premium untuk terus bersaing dalam segmen SUV mesra alam.

Kia Niro 2026 Facelift
Kia Niro 2026 Facelift

Kia Niro EV pernah dibawa masuk pada 2023 dan ditawarkan pada harga RM255,888, angka yang cukup tinggi bagi menyaingi kenderaan elektrik (EV) lain di Malaysia.

Model untuk pasaran tempatan itu ialah unit import penuh (CBU) dari Korea Selatan yang didatangkan dalam satu varian tunggal.

Falsafah Rekabentuk ‘Opposites United’

Kia Niro 2026 dibangunkan dengan menerapkan falsafah rekabentuk global Kia, Opposites United. Dari depan, identiti Star-map Signature Lighting digunakan pada lampu siang (DRL) yang menekankan garisan horizontal dan vertikal. Rupa baharu itu kini lebih bersahaja berbanding Niro 2021.

Bahagian sisi menarik seperti sebelum ini dengan braket pintu yang tidak sampai ke hujung dan kini seragam dengan EV Kia yang lain melalui rim baharu.

Grafik lampu kombi LED belakang disusun supaya bersatu dengan bentuk badan bagi menonjolkan efek lebar, dan memberikan ritma visual lebih aktif.

Ruang Dalaman

Kia Niro 2026 Facelift

Ruang dalaman Kia Niro 2026 facelift membawakan tema Refined Intenseness dengan papan pemuka, yang dahulu seperti kokpit pesawat pejuang, tetapi kini ditukar kepada rekabentuk lebih sederhana.

Paparan lengkung panoramik menggabungkan kluster instrumen 12.3 inci dan unit infotainmen secara bersepadu.

Papan pemuka direka nipis dan mendatar bagi memaksimum ruang visual, manakala garisan atas bersambung secara harmoni dengan garisan tingkap luaran bagi memberikan kestabilan visual kepada pemandu dan penumpang.

Trenkuasa

Kia Niro 2026 Facelift
Kia Niro 2026 Facelift

Buat masa ini, maklumat terperinci mengenai spesifikasi trenkuasa Niro 2026 masih belum dikongsi Kia secara rasmi. Model 2021 lalu ditawarkan dalam tiga pilihan trenkuasa, iaitu hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik (EV).

Kia Niro EV 2023

Sebagai rujukan, Kia Niro EV 2023 (foto atas), yang pernah dipasarkan di Malaysia, menggunakan bateri litium-ion 64.8kWj yang mampu menggerakkan kereta hingga 460km untuk sekali cas penuh.

Jika bateri dicas menggunakan pengecas pantas (DC), tempoh mengecas 10 – 80 peratus mengambil masa 43 minit.

Pengiktirafan Global, Bakal Kembali ke Malaysia?

Logo anugerah Kereta Terbaik Wanita Sedunia (WWCOTY)
Logo anugerah Kereta Terbaik Tahunan UK (UKCOTY)
Logo CarAndDriver

Sejak pengenalan, siri Niro menerima pelbagai anugerah berprestij peringkat antarabangsa.

Antaranya Kereta Bandar Terbaik dalam anugerah Kereta Tebaik Wanita Sedunia (WWCOTY) 2023, Crossover Terbaik dalam Kereta Terbaik UK (UKCOTY) 2023, dan pilihan editor majalah Car and Driver di Amerika Syarikat bagi kategori SUV Kecil Terbaik.

Anugerah Das Goldene Lenkrad di Jerman

Selain itu, Kia Niro juga memenangi anugerah Das Goldene Lenkrad (Golden Steering Wheel) di Jerman.

Persoalan terbaharu, Kia pasaran tempatan di bawah pengurusan baharu, Kia Sales Malaysia (KSM), adakah Niro EV bakal kembali?

Walaupun mempunyai sejumlah model EV di pasaran global, tetapi barisan EV Kia di Malaysia ketika ini hanya diwakili model Kia EV9. Adakah KSM akan membawa maksud model elektrifikasi lain seperti hibrid dan PHEV selain EV penuh?

Sama-sama kita nantikan.

Kia Niro 2026 Facelift
Kia Niro 2026 Facelift
Kia Niro 2026 Facelift
Kia Niro 2026 Facelift
Kia Niro 2026 Facelift
Kenderaan Elektrik (EV) Kia Kia Niro Kia Niro 2026 Facelift Kia Niro EV Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.