
KIA memperkenalkan model elektrik keenam, Kia EV2 2026 di Pameran Motor Brussels 2026 di Belgium. Di bawah tema 'The Power of Firsts', Kia EV2 tampil sebagai kenderaan elektrik (EV) kompak yang menawarkan ruang luas, praktikal dan pemanduan menyeronokkan, walaupun bersaiz kecil.
Kia EV2 2026 ialah model paling kecil dalam barisan EV Kia, yang direka untuk pemandu EV kali pertama dan pembeli baharu yang mahukan SUV bandar praktikal tetapi tetap versatil sebagai kenderaan utama.
Rekabentuk Kompak
Bahagian depan menonjol menerusi lampu vertikal dan signatur Star Map generasi terkini. Dari sisi, jelas kelihatan sosok badan kompak, tetapi lasak dengan braket badan dari fender depan hingga belakang.
Rekabentuk belakang pula menggunakan lampu yang diposisi jauh ke luar untuk memberi efek lebar. Dari sudut ini, permukaan belakang nampak kemas, besar dan unik dengan lampu sebaris braket roda sisi.
Bagi pelanggan yang mahukan penampilan lebih ekspresif, varian Kia EV2 GT-Line dilengkapi bampar khas dan beberapa lagi ciri berbeza dengan dimensi panjang 4,060mm, lebar 1,800mm, dan tinggi 1,575mm, manakala jarak roda 2,565mm.
Berdasarkan dimensi itu, Kia EV 22026 berada dalam lingkungan saiz Perodua Ativa yang mana saiz EV Korea tersebut sedikit pendek (-5mm), lebih lebar (+90mm) dan lebih rendah (-60mm). Jarak roda pula lebih panjang (+40mm) berbanding Ativa yang biasanya diterjemah pada ruang kaki lebih luas.
Dalaman Picnic Box

Bahagian dalaman EV2 direka sebagai 'Kota Piknik' (Picnic Box) dengan ruang peribadi tenang dan selesa. Susun atur kabin merangkumi:
- Unit infotainmen skrin lebar 12.3 inci infotainmen dengan kluster instrumen 12.3 inci, dan panel penyaman udara 5 inci
- Rekabentuk horizontalmenonjolkan keluasan visual
- Bahan fabrik yang memberikan rasa hangat dan tekstur selesa
- Lampu ambien dan boleh disepadu dengan lampu signal belok
- Susun atur butang fizikal mengikut kekerapan penggunaan untuk mengurangkan gangguan
Ruang simpanan turut diberi perhatian dengan konsol bawah fleksibel, pad pengecas wayarles, pemegang cawan boleh laras dan perehat lengan pintu jenis terpisah.
Ruang, Kegunaan
Citri lain Kia EV2 2026 ialah:
- Anjakan gear elektronik Shift-by-Wire yang memberikan ruang konsol tengah lapang
- Tempat duduk baris kedua boleh gelongsor dan boleh baring, dengan ruang kaki hingga 958mm
- Ruang but hingga 403 liter dan frunk
Kia turut menambah sentuhan emosi melalui paparan 'HELLO 🙂' ketika masuk dan 'HAVE A NICE DAY' ketika keluar. Ciri lain ialah:
- Antaramuka digital peribadi bersama Kia AI Assistant
- Digital Key 2, kemas kini dalam talian (OTA) dan fungsi Kia Upgrades
- Sistem audio premium Harman Kardon
- Port USB Type-C 100W
- Mod Pet untuk menjaga keselesaan haiwan peliharaan
Trenkuasa, Pengecasan
- Dua pilihan bateri: 42.2kWj dan 61.0kWj
- Jarak WLTP hingga 317km (Standard-Range) atau 448 km (Long-Range)
- Pengecasan pantas (DC) 10 - 80 peratus dalam 29 minit / 30 minit
- Sokongan pengecasan AC 11kW / 22kW
Kawalan, Keselesaan

- Stereng kuasa pacuan motor jenis kolum C-MDPS (column-type motor driven power steering) output tinggi dengan nisbah stereng dioptimum untuk ruang sempit bandar
- Suspensi belakang gandar torsion beam berpasangan CTBA (coupled torsion beam axle) dengan sesendal hidro (bushings hidro) untuk mengurangkan getaran
Keselamatan, Sistem Bantuan Pemandu
- Aamran Perlanggaran Depan (FCA) 2.0, HoD, Bantuan Kekal Lorong 2 (LKA 2), Bantuan Pandu Lebuh Raya2 (HDA 2), Bantuan Parkir Pintar Kawalan Juauh (RSPA)
- Pilar-A lebih nipis dan kaca pintu belakang lebih rendah untuk pandangan lebih jelas
- Fungsi EV pintar seperti EV Route Planner, Plug & Charge, dan V2L/V2G
Pengeluaran
Pengeluaran Kia EV2 bermula suku pertama 2026 untuk varian Standard-Range dan disusuli varian Long-Range dan GT-Line.
Bagaimana dengan pasaran tempatan? Kia antara yang terawal menawarkan EV di pasaran tempatan melalui model EV5 dan kini hanya tinggal EV9. Di bawah pengurusan baharu, Kia Sales Malaysia (KSM), elok jika EV2 dibawa ke dalam negara melalui pakej pemasangan tempatan (CKD) untuk mendapatkan harga menarik.
Spesifikasi Teknikal Kia EV2 (Pra-Homologasi Eropah)
Dimensi
- Panjang: 4,060mm
- Lebar: 1,800mm
- Tinggi: 1,575mm
- Jarak roda: 2,565mm
Bateri, Jarak Pemanduan
- Standard-Range: 42.2kWj, jarak hingga 317km (WLTP)
- Long-Range: 61.0kWj, jarak hingga 448km (WLTP)
Pengecasan
- Pengecasan pantas (DC) 10 - 80 peratus: 29 minit (Standard-Range); 30 minit (Long-Range)
- Pengecasan AC 11kW / 22kW): 4:05 / 2:35 jam (Standard-Range); 5:35 / 3:00 jam (Long-Range)
Tayar
- 205/65 R16 (Standard-Range)
- 215/50 R18 (Long-Range)
- 225/45 R19 (GT-Line)
Ruang But
- 362 liter untuk konfigurasi standard 5-kerusi
- 403 liter apabila tempat duduk belakang dilungsur ke depan
Kemudahan, Teknologi
- Digital Key 2.0 untuk akses tanpa kunci
- RSPA Entry
- Lampu utama LED MFR
- Sistem audio premium Harman/Kardon
- Fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Grid (V2G)
- Kemas kini Over-the-Air (OTA) dan Kia Upgrades
Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
- Bantuan Elak Perlanggaran Depan 2 (FCA2)
- Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta R/P (BCA)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA2) dan Bantuan Susur Lorong 2 (LFA2)
- Kawalan Jelajah Pintar 2 (SCC2) dan Bantan Had Kelajuan Pintar (ISLA)
- Bantuan Pandu Lebuhraya 2 (HDA2)
- Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintas (RCCA)
- Bantuan Elak Perlanggaran Parkir (PCA-R)
- Amaran Keluar Selamat (SEW)
- Amaran Jarak Parkir (PDW) untuk depan, belakang dan sisi
- Monitor Pandang Keliling (SVM), Monitor Pandang Belakang (RVM) dan Pemantau Titik Buta (BVM)
- Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
















Leave a Reply