Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»KGM Torres Hybrid 2026 dengan Enjin Hibrid 1.5L Turbo dengan Kerjasama BYD
Roda4

KGM Torres Hybrid 2026 dengan Enjin Hibrid 1.5L Turbo dengan Kerjasama BYD

Abang HirataBy Abang Hirata15/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KGM Torres Hybrid 2026

KGM Motors UK, yang sebelum ini dikenali sebagai SsangYong memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), KGM Torres Hybrid 2026.

SUV hibrid itu melengkapkan siri Torres varian petrol yang diperkenal pada 2023 dan elektrik (EV) EVX pada 2023.

KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026

Diilhamkan daripada keindahan Torres del Paine di Patagonia, Chile, KGM Torres Hybrid mencerminkan semangat pengembaraan dan gaya hidup bebas.

Model itu berada antara segmen SUV kompak dan sederhana yang membawa gaya autentik dengan prestasi hibrid canggih sebagai teknologi efisien dan mesra alam.

Trenkuasa, Prestasi

KGM Torres Hybrid menampilkan sistem hibrid dwi-teknologi Dual Tech Hybrid System (DTHS) yang dibangunkan dengan kerjasama pengeluar kenderaan elektrik dari China, BYD.

Sistem itu menggunakan hibrid penuh yang memaksimum kecekapan daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motor elektrik. Trenkuasa terdiri daripada:

  • Enjin petrol 1.5L Turbo berkuasa 149.6ps, dan tork 220Nm
  • Dwi-motor bersiri (in-series dual motors) berkuasa 176.8ps (130kW), dan tork 300Nm
  • Output gabungan 177hp
  • Transmisi automatik e-DHT 6-kelajuan
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026

Transmisi dwi-motor khas hibrid itu boleh beroperasi dalam sembilan mod pemanduan berbeza, seperti mod EV, HEV (siri-selari) dan Engine Drive (menggunakan pacuan enjin sahaja).

  • Pecutan 0-100kmj: 9 saat
  • Kelajuan maksimum: 180kmj
  • Pemanduan elektrik: Boleh beroperasi dalam mod EV hingga 95 peratus daripada masa di bandar dan pemanduan elektrik hingga 100kmjam di lebuh raya, yang disokong sistem brek regeneratif tiga tahap dengan Kawalan Adaptif Trafik Pintar (ITAC).

Penggunaan Bahan Api dan Keupayaan

  • Gabungan penggunakan bahan api (WLTP): 6.1 liter per 100km (46.1mpg)
  • Kapasiti tunda: 1.3 tan, disokong Bantuan Stabiliti Treler (TSA)
  • Ketahanan: Casis kalis air dengan kemampuan meredah kedalaman air hingga 300mm

Rekabentuk Luaran

KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026

Rekabentuk KGM Torres Hybrid berasaskan warisan lasak jenama KGM.

  • Rupa depan: Gril vertikal, skid plat bampar bersepadu dan lampu depan LED tersendiri dengan lampu siang (DRL) yang diilhamkan big dipper
  • Rupa sisi: Garis karakter lurus dan gerbang roda bersudut mantap, diserlahkan dengan rim aloi potongan berlian (diamond-cut) 20 inci
  • Rupa belakang: Rekaan heksagon ala penutup tayar ganti. Perincian budaya Korea seperti lampu brek corak Li dan selak pintu belakang dipasang di sisi

Ruang Kabin dan Ciri Dalaman

KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026

Falsafah rekabentuk dalaman ‘langsing dan lebar’ mewujudkan kabin luas dan ergonomik yang menampilkan ciri premium:

  • Paparan: Skrin lebar panoramik yang menggabungkan kulster digital 12.3 inci dengan unit infotainmen 12.3 inci
  • Konektiviti: Platform UX Athena 2.0 dengan Apple CarPlay, Android Auto, navigasi TomTom, dan Bluetooth
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
  • Keselesaan:
    • Kerusi depan material kulit dengan fungsi pemanas dan ventilasi
    • Kerusi pemandu dan penumpang depan boleh laras elektrik 8-tetapan dengan sokongan lumbar
    • Kerusi belakang dengan pemanas
    • Kawalan penyaman udara dwi-zon
    • Lampu ambien 32 warna
KGM Torres Hybrid 2026
  • Praktikaliti: Konsol tengah jenis apung, penyangkut penyandar kepala dan port USB Type-C di setiap bahagian
  • Kapasiti but: Hingga 1,662 liter (dengan kerusi belakang direbahkan)

Keselamatan, Teknologi ADAS

KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026

Struktur KGM Torres Hybrid menggunakan 78 peratus keluli tegangan tinggi, tertinggi dalam segmen dan dilengkapi lapan beg udara sebagai ciri standard. Keselamatan menjadi keutamaan dengan pembinaan kukuh dan dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Kenderaan Depan Gerak
  • Amaran Jarak Selamat (SDW)
  • Pengesan Titik Buta Belakang (RBSD)
  • Amaran Perlanggaran Tukar Lorong (LCCW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)

Harga, Ketersediaan

KGM Torres Hybrid serba baharu ditawarkan pada harga £35,995 (RM202,965) Pelanggan ditawarkan lima warna pilihan seperti Space Black (hitam), Dandy Blue (biru), Iron Silver (perak), Grand White (putih) dan Forest Green (hijau).

KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
KGM Torres Hybrid 2026
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) KG mobility KGM KGM Torres KGM Torres Hybrid Roda4 SsangYong SUV kompak SUV Segmen-C
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.