• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Langgar Pokok Sebab Brek Rosak, Tiga Petugas OP Covid-19 Cedera

Kereta Langgar Pokok Sebab Brek Rosak, Tiga Petugas OP Covid-19 Cedera

March 31, 2020 By Han Othman Leave a Comment

720
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIGA termasuk seorang anggota tentera cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta peronda polis yang membawa petugas OP COVID-19, di Taman Lavender Heights, Senawang, Negeri Sembilan,semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, insiden berlaku kira-kira jam 1 tengah hari apabila kereta peronda polis jenis Proton Inspira yang dinaiki dua anggota polis dan dua anggota tentera itu sedang membuat rondaan OP COVID-19 sekitar kawasan Senawang.

Beliau berkata, insiden berlaku ketika melalui selekoh ke kiri menuruni bukit apabila brek kereta yang dipandu seorang anggota polis, 41, gagal berfungsi hingga menyebabkan terbabas ke depan dan melanggar sebatang pokok di kanan bahu jalan.

Pemandu kereta cedera ringan di badan dan kaki, dan penumpang depan, seorang anggota polis lelaki, 38, mengalami luka-luka kecil di tangan dan bibir, manakala seorang anggota tentera, 31, yang duduk di belakang retak tulang belakang. Seorang lagi anggota tentera berusia 24 tahun tidak cedera.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

BACA >>> Covid-19: Hanya Seorang Dibenarkan dalam Sebuah Kenderaan, Mula Rabu Ini
BACA >>> Covid-19: Apa Dunia Buat untuk Hilangkan Bosan Kena Kurung?

SUMBER: Bernama

Related

720
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ACP Mohd Said Ibrahim, Auto Terkini, Covid-19, OP Covid-19, polis, tentera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my