Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kereta Jarang Guna dan Pandu Jarak Dekat – Kena Servis Ikut Masa atau ‘Mileage’?
Autotainment

Kereta Jarang Guna dan Pandu Jarak Dekat – Kena Servis Ikut Masa atau ‘Mileage’?

Han OthmanBy Han Othman15/03/201946 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Abang, kalau ikut mileage, kereta saya patut servis setiap 10,000km. Tapi, saya jarang bawa kereta. Betul ke servis kereta kena ikut mileage atau bulan, atau mana satu sampai dulu. Boleh tak saya servis ikut mileage saja. Kereta tak jalan sangat pun. Waranti pula macam mana?

– Emma Mambo (bukan nama sebenar)

Terima kasih kerana bertanya. Sebenarnya ada ramai pemilik kereta macam saudari yang beli kereta tetapi jarang pandu atas pelbagai alasan. Antaranya, lebih cepat ke pejabat kalau bermotosikal, atau naik pengangkutan awam, atau tumpang kereta kawan, ataupun sebab tidak tahan menanggung kos minyak dan servis. Tidak kisahlah apapun alasan saudari kerana di penghujungnya saudari jugalah yang perlu menempuh suka duka bersama kereta sendiri.

Begini,

KERETA MEMANG PERLU DISERVIS

Alasan utama kenapa kereta perlu diservis atau disenggara adalah untuk menjaga kondisi kereta supaya dapat terus beroperasi pada tahap optimum. Sebagai objek yang memang dicipta untuk bergerak, kereta terdedah kepada masalah haus dan lusuh atau dalam Bahasa Inggeris disebut wear and tear. Jadi, ia perlu sentiasa diperiksa dan diservis secara berkala berdasarkan tempoh senggara ditetapkan pengeluar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

Tetapi itu bukan bermakna, jika kereta jarang digunakan atau cuma dipandu jarak dekat, maka saudari tidak perlu menyenggara. Ingat, kereta yang terbiar lama, atau jarang dipandu bukan seperti set pinggan mangkuk yang disimpan lama dalam kabinet dapur dan cuma perlu dicuci sebelum boleh digunakan.

USIA DAN PENGGUNAAN

Sebagai makluman, masalah haus dan lusuh komponen kereta berpunca daripada DUA faktor:

  • Usia
  • Penggunaan

* Salah satu atau kedua-dua sekali.

Komponen yang kerap haus dan lusuh disebabkan PENGGUNAAN ialah seperti brek cakera, pad brek, bering dan bahagian mekanikal lain, bergantung kepada gaya dan kekerapan saudari memandu. Pad brek misalnya, perlu diganti apabila sudah nipis dan tempoh penukaran bagi setiap pemandu tidak sama.

BACA >>> 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar

Logiknya, kereta yang kerap dipandu lebih cepat mengalami masalah kehausan pad brek berbanding kereta jarang dipandu. Analogi lain, kasut yang selalu dipakai berlari, lebih cepat haus berbanding kasut khas untuk majlis makan malam.

HAUS DAN LUSUH AKIBAT USIA

Namun, kereta juga mengalami masalah haus dan lusuh akibat USIA yang boleh kita kaitkan dengan masa. Antara komponen kereta yang mengalami masalah berkaitan usia (atau masa) ialah bendalir seperti minyak enjin dan minyak brek, termasuk bateri dan komponen berasaskan getah seperti tayar, bilah pengelap dan sesendal (bushing) suspensi.

Faktor kedua – USIA – inilah yang boleh dikaitkan dengan isu yang saudari hadapi tentang isu adakah kereta yang jarang digunakan atau dipandu jarak dekat perlu juga diservis mengikut jadual senggara sedangkan jarak perbatuan atau kilometer masih rendah?

Jawapan ringkasnya, YA, perlu!

Ini kerana komponen bendalir seperti minyak enjin, minyak brek, minyak gear atau seumpamanya termasuk dalam faktor haus dan lusuh akibat USIA. Jadi, mahu tidak mahu saudari perlu melakukan servis kerana semua komponen tersebut mengalami proses degradasi apabila sampai tempoh masa tertentu.

BACA >>> 10 Tip Ketahui Kondisi Kereta Baharu Selepas 5 Tahun – Masih Reliabel, Jimat Minyak atau Bermasalah?

DEGRADASI MENGIKUT MASA

Sebaik saja dituang masuk ke dalam kereta, bendalir sebenarnya sudah mengalami degradasi akibat proses kerja dan kehadiran bendasing seperti serbuk atau keladak besi daripada komponen mekanikal kenderaan. Campuran itulah yang perlahan-lahan menyebabkan prestasi sesuatu bendalir itu tidak lagi mampu memberikan perlindungan optimum apabila sampai jangka masa tertentu.

Saudari boleh bayangkan situasi tersebut seperti air bersih yang dibiarkan lama dalam takungan. Apabila sampai tempoh tertentu, saudari akan perasan ada keladak atau lumut di bawah dasar atau tepi takungan tersebut. Inilah yang kita namakan sebagai degradasi dan disebabkan itulah kereta saudari perlu diservis apabila tiba masa ditetapkan walaupun catatan kilometer perjalanan masih sedikit – low mileage.

Lagi contoh mudah tentang masalah haus dan lusuh akibat USIA ialah tayar. Ya, tayar kereta bukan saja perlu ditukar apabila bunga sudah haus atau ‘botak’, tetapi juga perlu diganti apabila sudah sampai hayat penggunaan – lebih kurang 4-5 tahun. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan – degradasi. Dalam jangka masa tertentu, material getah pada tayar kereta anda akan mengalami degradasi, di mana getah tayar akan mengeras dan kurang mencengkam serta rekahan-rekahan kecil mula muncul sekeliling tayar.

Apakah saudari rasa selamat dan selesa memandu dengan tayar begitu walaupun bunga masih tebal? Sekarang, cuba kaitkan situasi tersebut dengan situasi menyenggara kereta mengikut jadual senggara walaupun kereta saudari jarang digunakan atau kurang dipandu. Jadi, ikut saja saranan pengeluar atau jurutera bertauliah.

BACA >>> Berapa Kos Sara Kereta yang Sebenar? Bukan Bayar Ansuran Sahaja

WARANTI BATAL?

Tentang waranti, ya betul, ia boleh terbatal jika saudari gagal mematuhi jadual penyenggaraan ditetapkan pengeluar. Itulah risiko yang perlu saudari tanggung. Jika sudah habis waranti dan saudari masih berkeras mahu melakukan servis kenderaan ikut suka hati, saudari tetap perlu menanggung risiko, iaitu risiko kereta saudari tersadai tidak bermaya hingga bercucuran air mata.

autotainment kereta low mileage low mileage kena servis tak? senggara kereta servis kereta tip automobil tip senggara kereta tip servis kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Proton S70 2026 rasmi dilancarkan
Roda4

Proton S70 2026 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Pasaran, Harga Mula RM73,800

13/02/2026

46 Comments

  1. Ismael on 30/12/2017 12:22

    Salam, due date saya bulan 4 hari tu, tapi masa tu saya plan untuk ikut mileage. And now disember. Baru nak sampai 10k. If saya service sekarang ada apa apa effect ke dari segi warranty agreement atau selainnya?

    Reply
    • ABG GYL on 31/12/2017 14:01

      Kalau kereta baru, yes akan mengganggu waranti anda

      Reply
  2. Amka on 31/01/2019 18:39

    Kereta sya tak service 60.000km. . Bolh ke sy service untuk 70.000km . .. waranti gangu ke? ?

    Reply
    • ABG GYL on 01/02/2019 01:04

      Ya, waranti akan terbatal

      Reply
  3. Sam on 27/02/2019 13:41

    Mileage kereta sy rendah dan slalu x sampai yg recommended service. Bila sy bawa g servis, diorang sllu tukar minyak hitam tnpa beritahu sedangkan mileage yg lepas dgn servis terkini br beza 2000km. Rasa rugi plk minyak hitam tu rm200+
    Soalan sy, boleh ke sy request x maw tuka mnyak hitam, just check biasa2 je. Nxt time br tukar bila mileage agak tinggi skit.
    Then, klau sy buat cmtu, adakah waranti sy blh terbatal? Sy hnya guna kereta utk jalan jauh je bila nk balik kmpung. Hari biasa pkai keta biasa.

    TQ

    Reply
    • ABG GYL on 27/02/2019 18:55

      Jika masih dalam waranti, minyak hitam tetap perlu ditukar setiap 10,000km atau 6 bulan, mana-mana tiba dahulu. Jika tidak tukar, waranti akan terbatal. Itu adalah syaratnya.

      Reply
      • Sharul on 04/09/2019 00:45

        Saya Beli kereta preve turbo 2nd..kereta ni hnya digunakn semasa sukan ASEAN xv.. milage sudah 25000km Dan didalam buku service tiada sebarang cop service rutin setiap 10000km..maka sya akn bermula service diproton bila tiba milage 30000km..adakah warranty Masih Ada atau sdh terbakal kerana tiada record service dri mula milage?

        Reply
        • AO on 05/09/2019 23:33

          Rujuk pusat servis Proton

          Reply
  4. Val on 09/04/2019 19:20

    Nak tanya kalau servis pertama kereta adalah 1000km . Tapi saya da gunakan 1100km baru pergi servis waranti terbatal tak? Jarak pusat servis dengan kg jauh sangat uhuhu

    Reply
    • Val on 09/04/2019 19:22

      Dan klu da terlebih tu berapa had maksimum blh pakai sebelum wajib servis?

      Reply
  5. bard on 11/06/2019 20:16

    peugeot 308 turbo. sepatutnya service kat SC pada julai 2019. tapi mileage baru lebih kurang 2000km, sepatutnya 10,000km untuk diservis semula. apa yang perlu saya buat? ikut tarikh atau mileage? TQ

    Reply
  6. Hana on 01/09/2019 10:11

    1000km dalam masa sebulan adalah tempoh percubaan kan? Dan millage sy sudah pun mencecah 1000km malah lebih 100km dalam tempoh seminggu. Adakah waranti sy terbatal atau menjejaskan apa apa untuk servis seterusnya ? Berapakah had maximum yang dibenarkan jika sudah terlebih sebelum diservis ?

    Reply
  7. Kapak on 09/09/2019 03:35

    Boss mahu nanyak..saya adalah survey untuk amik city tahun 2014 2nd.. so saya tengok milage nye dah 50k.. so mcm mane saye nk check untuk kepastian yang kerete tersebut memang mileage 50k.. mintak pencerahan tuan

    Reply
    • AO on 10/09/2019 07:40

      Tanya pusat servis Honda bila last service

      Reply
      • cyril on 18/12/2019 14:04

        bos nak tanya, sepatutnya saya kena servis 20000km, memandangkan jauh dari tempat servis, sekarang dah lebih 1000km ,mean 21000km
        selamat lagi ke kereta bos, and ada effect apa2 tak dengan warranty and enjin kereta, just lebih 1000 km je. tq harap jawab.

        Reply
        • Abang GYL on 18/12/2019 19:39

          Selamat memang selamat. Tetapi waranti mungkin tak selamat jika kereta masih masih ada jaminan

          Reply
  8. Amiruddin on 13/09/2019 21:31

    Saya dalam proses beli kereta proton preve 1.6MT baru (unregister) tapi stok lama 2017, bermakna dua tahun yang lalu. Soalan saya, adakah saya ada hak untuk minta pihak proton menggantikan minyak enjin, minyak brek, minyak stering dengan minyak yang baru sebelum kereta diserahkan kpd saya?

    apakah pendapat pihak tuan dan apakah yg perlu saya lakukan?

    Reply
  9. NORAISYAH BT JAHYA on 03/10/2019 12:00

    hi, sy baru membeli saga 2019 pada 30.08.2019, millage sy baru xsmpai 500km, kalau sy servis lewat sikit adakah akan menganggu waranti sy. sy dah bertanya dengan sales advisor sy, katanya tiada masalah asalkan x melebihi 6 bulan utk servis yg pertama.

    Reply
    • Abang GYL on 04/10/2019 10:04

      Cik perlu ambil konsep mana satu tiba dahulu, sama ada mileage atau tempoh.

      Reply
  10. Is on 03/11/2019 07:24

    Salam. Sy dh booking slot servis utk 40000km. Boleh ke servis klu km tu kurang contohnye, 39850? Sblm booking, ade plan nk jalan2, mmg ngam la blk bercuti terus servis tp last minit xjd. Tq in advance.

    Reply
  11. Sue on 06/11/2019 15:05

    Salam, saya baru beli kereta tapi jarang pakai. Jadi mileage blom cecah 1000km lagi. Utk servis 6 bulan pertama perlu ikut tarikh pendaftaran kereta (bulan 6) atau tarikh kita terima kereta (bulan 7). Mohon penjelasan, terima kasih

    Reply
  12. Norisma on 28/12/2019 07:07

    Salam sy baru beli kereta baru proton saga. Boleh ke sy service kereta jika mileage terlebih 1500km. Mohon pencerahan ye encik tq

    Reply
  13. Anna on 03/01/2020 23:00

    Bro, kereta saya honda city 1500cc tahun 2018. Km sekarang baru nk masuk 22000km sbb jarak tempat kerja dekat. Honda centre sarankan saya service utk 40000km. Perlu ke? Saya ingat nk service minor sahaja.tapi honda sarankan suruh tukar minyak gear. Perlu ke? Sebab tukar minyak gear bila km cecah 40000km. Harga service cecah rm500 pulak tu.

    Reply
  14. Matyoe on 20/05/2020 10:16

    Salam saya nak tanya, kalau servis pertama saya dah pergi servis 1600km,pada servis kedua millege kereta saya dah cecah 5800 lebih, warranty terbatal ke kalau saya nak tukar sekarang, sebab itu hari musim pkp saya terkandas kat kampung,tambah² pulak pusat servis perodua pon tutup masa pkp

    Reply
    • Abang GYL on 20/05/2020 17:00

      Untuk musim PKP tiada masalah. Ada budi bicara

      Reply
  15. Nurul on 04/08/2020 21:05

    Saya punya millege 20000 km tapi belum sampai. Date millege pulak sampai dulu dan saya bawak pergi service awal 3 hari ganggu warranty ke? Sebab nak pergi betul2 date service saya tak dapat cuti

    Reply
  16. Nadiatul on 04/08/2020 23:38

    Nak Tanya kalau buku kereta service hilang boleh service kereta lagi ke ?

    Reply
  17. Han on 28/12/2020 15:53

    Power window pon akan terbatal gak ke warranty kalau terlebih kilometer atau bulan?

    Reply
  18. Nukman on 30/05/2021 12:50

    Assalamualaikum .salam sejahtera admin
    Saya ad 1 soalan
    Kereta yg sudah sampai masa untuk diservis contohnya milleage 20000km , berapakah jarak milleage yg boleh diteruskan lg penggunaan kereta sebelum kereta diservis , selain dari membatalkan warranty apakah kesan buruk yg lain

    Reply
    • Abang GYL on 31/05/2021 01:24

      Dalam servis atau term waranti, tarikh atau mileage (mana-mana tiba dahulu). Jika sekadar lebih beberapa ratus km ia masih boleh diterima. Bagaimanapun, ia perlu rujuk pada pusat servis masing-masing.

      Reply
  19. VINA on 30/06/2021 16:23

    HI SY NAK TANYA , SERVICE PADA 19KM DAN SEKARANG DAH SAMPAI 22KM TAPI DATE DAH NAK DEKAT SO BOLEH X NEXT SERICE TU I MINTA UNTUK TUKARKAN KEPADA MILLEAGE YG RENDAH DALAM 5KM

    Reply
  20. Maruviss kumin on 07/07/2021 17:38

    Perlu service ke untuk 10.000km sbb skrg bru 1498 km klu tunggu smpai millege waranty mcm mna? Void ke atau mcm mna..

    Reply
  21. Ida on 01/11/2021 16:02

    Salam.. sy bru beli kereta perodua ativa, jd saya nk tau.. servis kereta perlu dibuat pada selepas tmpoh 6 bulan dari tarikh terima kereta atau macam mna ya.. milleage saya blm cecah 10k km lg.. sebab tk selalu jalan..

    Dan.. kebiasaannya servis kereta yg da cukup 6 bulan ni.. mereka akn servis apa ya.. adakah minyak hitam sahaja?mohon pencerahan

    Reply
    • Abang GYL on 01/11/2021 16:47

      Benar, 6 bulan atau 10k km, mana-mana tiba dahulu. Untuk tahu servis apa, boleh semak buku panduan

      Reply
  22. Steven on 28/01/2022 23:31

    Saya biasanya akan servis kereta mengikut tempoh setiap 6 bulan sebab masih under warranty perodua… Andaikata dah habis tempoh warranty nanti, adakah kereta perlu servis mengikut tempoh 6 bulan juga atau ikut millage? Terima kasih…

    Reply
    • AO on 21/02/2022 00:34

      Dua2 pun terpakai. Ikut mileage atau bulan, mana satu sampai dulu.

      Reply
  23. Salmah on 19/02/2022 16:43

    Salam …sya Bru bli kereta proton iriz Jd saya nak tau servis kereta perlu di buat kalau sudah mencapai 10km tp Mase agen kereta saya beritahu sya kne buat servis bila mencapai 1,000km tu mcam mne pula yee..

    Reply
    • AO on 21/02/2022 00:16

      Kalau baru 10k km, masih dalam waranti. Bawa saja ke pusat servis Proton

      Reply
  24. mawar on 22/07/2022 12:12

    Kalau utnuk service kena penama sendiri atau sesiapa sahaja boleh pergi service?

    Reply
  25. Sam on 09/12/2022 09:36

    Siapa saja boleh pergi

    Reply
  26. sha on 12/03/2023 13:13

    hai . kereta sy sepatutnya servis millage 20000km..
    tp ari minggu br sy perasan Dan terpaksa buat perjalan jauh..
    millage selepas perjalan 20200. km…
    ada effect warrenty x..

    Reply
    • Abang GYL on 13/03/2023 09:59

      Tiada masalah, tak perlu risau. Waranti tidak void

      Reply
  27. Muhammad Irfan on 30/05/2023 09:17

    Milage baru 20k tapi sc recommend service 30k, perlu ke?rasa rugi sebab dalam sistem sya dh 4 kali service, katanya service 20k saya dh buat hmm

    Reply
  28. wanie on 26/07/2023 15:57

    hai, saya nk bertanya,
    1) berapa lama warranty untuk kereta baru kalau nak servis di bengkel luar?
    2) milage keta dah masuk 50k, tak lama lagi akan diservis di Pusat Servis bertauliah, kena ikut senarai perlu ditukar seperti oil filter,minyak hitam, radiator coolant,air filter, spark plug, element air cleaner, fuel filter , betul ke? (kereta saya masih baru 3tahun pakai).. Saya OKU PEKAK. Terima kasih

    Reply
    • Azhan O on 26/12/2023 13:36

      1) Ikut yang diberi pengeluar.
      2) Ya, ikut seperti yang direkomen.

      Reply
  29. Naa on 12/09/2024 16:40

    Hai saya nak tanya .miliage saya masih jauh dri angka servis tapi tarikh dh dekat nk servis .and boleh ke saya servis awal dari tarikh yg ditetapkan kerana saya takut ketiadaan masa pada tarikh servis?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.