Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Kenapa Kereta di Brazil Guna Tebu Sebagai Bahan Api?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Kenapa Kereta di Brazil Guna Tebu Sebagai Bahan Api?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kereta Brazil mebggunakan bahan api daripada tebu

BRAZIL memang unik dalam dunia automotif kerana sebahagian besar kenderaan di negara itu menggunakan etanol berasaskan tebu sebagai bahan api, sama ada sepenuhnya atau dengan campuran petrol.

Sebenarnya, inisiatif menggunakan etanol tebu itu bermula pada 1975 melalui program nasional Proalcool kerana ketika itu Brazil berdepan dua krisis besar, iaitu:

Stesen minyak di Brazil

  • Kenaikan mendadak harga minyak dunia
  • Kejatuhan harga gula di pasaran antarabangsa

Kerajaan melihat peluang untuk membantu industri tebu sambil mengurangkan kebergantungan terhadap minyak import. Jadi etanol dijadikan bahan api alternatif yang lebih murah, lebih bersih dan lebih stabil berbanding bekalan minyak.

Kereta Flex-Fuel: Teknologi yang Ubah Landskap Brazil

Kenderaan Flex Fuel di Brazil

Hari ini, majoriti kereta baharu di Brazil ialah model bahan api fleksibel (flex-fuel), iaitu jenis kenderaan yang boleh menggunakan:

  • Petrol sahaja
  • Etanol sahaja (E100)
  • Campuran petrol dan etanol (contohnya E25)

Kereta flex-fuel itu dibangunkan hasil kerjasama antara Kerajaan, peladang tebu dan pengeluar automotif.

Kenapa Brazil Pilih Etanol Tebu?

Peladang tebu di Brazil

Antara faktor penting menjadikan etanol tebu sangat berjaya di negara itu adalah:

  • Pengeluaran tebu yang sangat besar – Brazil antara pengeluar tebu terbesar dunia
  • Lebih mesra alam – Etanol mengurangkan pelepasan CO₂ berbanding petrol
  • Harga lebih stabil – Tidak terikat kepada turun naik harga minyak mentah
  • Sokongan Kerajaan – Infrastruktur stesen minyak dan insentif industri

Menuju Masa Depan Lebih Hijau

Usaha menggunakan etanol tebu adalah sebahagian strategi Brazil membina sistem tenaga yang lebih bersih dan mampan. Transformasi itu berlaku jauh lebih awal sebelum gelombang global ke arah kenderaan elektrik (EV).

Walaupun EV semakin popular hari ini, teknologi flex-fuel berasaskan tebu memainkan peranan besar dalam ekonomi dan mobiliti rakyat Brazil.

SUMBER: TheStar

Auto Terkini Bahan Api Etanol bahan api petrol Brazil Etanol flex-fuel Proalcool Tebu
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.