Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Indonesia Bakal Perkenal Skim Sewa Bateri untuk Motosikal EV
Auto Terkini

Kerajaan Indonesia Bakal Perkenal Skim Sewa Bateri untuk Motosikal EV

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Indonesia
bakal memperkenalkan skim sewa bateri kenderaan elektrik (EV) dalam masa terdekat sebagai antara pendekatan membantu mempercepat penerimaan orang ramai terhadap EV.

Sebelum ini, negara jiran itu menawarkan insentif kepada pengguna untuk beralih daripada penggunaan motosikal berasaskan petrol kepada trenkuasa elektrik.

Indonesia juga menggalakkan pemilik motosikal konvensional melakukan konversi kepada trenkuasa elektrik. Bagaimanapun, cara itu membabitkan kos tinggi, dan juga kurang popular dalam kalangan penunggang republik itu.

Langkah tawaran sewa pek bateri dikatakan antara pendekatan jimat kos dan skim tersebut didapati boleh menjimatkan belanja hingga Rp8 juta (RM2,390).

Jika diambil kira subsidi Kerajaan sebanyak Rp7 juta (RM2,090) sebelum ini, setiap pengguna yang melakukan konversi petrol-elektrik cuma perlu mengeluarkan belanja Rp2 juta (RM595).

Ketua Pusat Penyelidikan dan Ujian Elektrik, Baharu, Tenaga Diperbaharui dan Penjimatan Tenaga (BBSP KEBTKE), Senda Hurmuzan Kanam (foto atas) berkata, skim sewa bateri sudah dilaksanakan di Bali.

Beliau berkata;

Daripada kos konversi Rp15 juta (RM4,47o), sebanyak Rp7 juta dibantu Kerajaan dengan baki cuma Rp8 juta (RM2,390). Komponen paling besar ialah bateri, iaitu sekitar Rp7 juta hingga Rp8 juta.”

Dengan kemudahan tukar bateri, penunggang tidak perlu membayar Rp8 juta.

Beza mungkin Rp1 juta (RM300) hingga Rp2 juta (RM600) kerana bateri dibekalkan secara tukar ganti dari bengkel yang menjadi operator tukar bateri.”

Mengulas lebih lanjut, Senda menjangka kos sewa bateri adalah kira-kira Rp300,000 (RM89.50) sebulan atau Rp10,000 (RM3) sehari. Malah kaedah berkenaan tidak memerlukan pengguna membayar kos penggunaan elektrik.

Wakil syarikat pembekal kemudahan bateri tukar-ganti, Electric Wheel, Angga berkata, ada 22 operator bateri untuk tukar ganti di Pulau Bali. Antaranya swap.id, Oyika, Alfamart, Coco Mart, Plaza Renon dan Circle K.

SUMBER: Liputan 6

Angga Auto Terkini bateri EV Hurmuzan Kanam Indonesia motosikal EV roda2 skuter elektrik Swap Bateri Motor Elektrik
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.