• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Keputusan Pemansuhan Kutipan Tol Diumum Minggu Depan - Ini Pandangan Kami!

Keputusan Pemansuhan Kutipan Tol Diumum Minggu Depan - Ini Pandangan Kami!

May 19, 2018 By Abang GYL 2 Comments

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Plaza TolSELARAS dengan manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Kerajaan dijangka akan memaklumkan keputusan pemansuhan kutipan tol selewatnya minggu depan.

Menurut Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr Zeti AKhtar Aziz, keputusan untuk pemansuhan kutipan tol masih dalam proses perbincangan dan akan diputuskan secepat mungkin.

Tambah Zeti, ahli majlis buat masa ini masih mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuklah syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham.

" Selepas perbincangan, keputusan atau pengumuman akhir akan diumumkan sendiri oleh Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin," kata Zeti lagi.

BACA >>> "Touch N Go Bukankah Sebenarnya Nak Bantu Mudahkan Hidup Kita?" - Pengguna Tol Lepas Gerampemansuhan kutipan tol

PEMANSUHAN KUTIPAN TOL - INI PANDANGAN KAMI

Secara peribadi, kami berpandangan keputusan untuk pemansuhan kutipan tol bukanlah satu perkara atau keputusan mudah untuk dilakukan. Tapi adalah lebih baik sekiranya kadar tol dikurangkan sekitar 50 hingga 70 peratus dan bukannya dimansuhkan sepenuhnya.

Ya, kami kurang setuju kutipan tol dimansuhkan sepenuhnya kerana untuk menyenggara jalan raya di sepanjang lebuh raya tol bukannya melibatkan kos rendah. Sebaliknya, ia akan menelas kos perbelanjaan tinggi. Bukan kami tidak suka kutipan tol dimansuhkan, tetapi banyak faktor perlu kita fikirkan.

Ia melibatkan kos agak tinggi dan penyenggaraan perlulah dilakukan secara konsisten bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengguna jalan raya. Begitu juga dengan fasiliti di kawasan Rehat & Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya itu.

Bagi lebuh raya yang tidak melibatkan perjalanan panjang seperti Sprint, Kesas (sekadar contoh) dan sebagainya, mungkin boleh dimansuhkan sepenuhnya. Dan tidak lupa kutipan tol di sepanjang lebuh raya Guthrie. Mungkin ia boleh dikurangkan daripada empat kepada satu.

Apa-apapun, ini hanyalah pandangan peribadi kami. Jangan ada pula yang kecam kami kerana kurang bersetuju kutipan tol dimansuhkan sepenuhnya. Sebaliknya kami lebih berfikir untuk jangka masa panjang. Bukan dimansuhkan, tetapi kurangkan kadar bayaran!

BACA >>> 'Smart Tag Cap Ayam': Touch n Go Beri 2 Penyelesaian, Produk Baharu Akan Keluar Tetapi Entah Bila

Artikel Berkaitan

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: keputusan pemansuhan kutipan tol, Kutipan tol, manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14, manifesto PRU14, pemansuhan kutipan tol, Tan Sri Dr Zeti AKhtar Aziz, tol dihapuskan, tol hapus, Tun Daim Zainuddin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my