Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenapakah Mesti ‘Delete’ Data dalam Unit Infotainmen sebelum Jual Kereta?
Autotainment

Kenapakah Mesti ‘Delete’ Data dalam Unit Infotainmen sebelum Jual Kereta?

WahidBy Wahid21/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISU privasi data bukan saja membabitkan telefon pintar atau komputer saja, tetapi juga kereta, termasuk sesetengah motosikal, kerana produk automobil masa kini menyimpan data peribadi dalam unit infotainmen.

Justeru pakar privasi data yang berpangkalan di Berlin, Jerman menasihatkan pemilik kenderaan supaya memadamkan data dalam sistem infotainmen atau pautan Bluetooth sebelum menjual kenderaan.

BACA >>> What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik

Ini kerana penggunaan sambungan wayarles menerusi pautan Bluetooth menyimpan banyak rekod seperti panggilan dan data peribadi, termasuk kenalan, rakan dan keluarga. Malah, fungsi navigasi turut menyimpan destinasi yang pernah diakses atau disimpan. Walaupun tidak semua data disimpan dapat dikesan dan dibaca pengguna, tetapi ia masih boleh diguna pakai serta terdedah kepada salah laku.

Malangnya, tidak semua manual kenderaan disediakan pengeluar menunjukkan cara memadamkan data yang disinkronisasikan (sync) kepada unit infotainmen. Apatah lagi kepada mereka yang menukar unit stereo lama kepada sistem infotainmen menggunakan aksesori selepas jualan (aftermarket).

Salah satu cara, anda boleh gunakan fungsi ‘set semula kilang’ (factory reset) yang akan memadamkan semua data mengembalikan sistem infotainmen kepada tetapan asal. Pastikan telefon anda tidak dipaut kepada unit infotainmen kereta sebelum melakukan tetapan reset tersebut supaya data dapat dipadamkan menyeluruh.

BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

Kepada mereka yang menyewa kereta, atau menggunakan perkhidmatan sewa atau pajakan kereta seperti SoCar, GoCar dan seumpamanya, jangan ‘sync’ data dengan unit infotainmen ketika menyewa.

Sebaiknya, gunakankan solusi komunikasi seperti Android Auto atau Apple Carplay kerana walaupun perisian itu membolehkan anda membuat panggilan secara bebas tangan, data peribadi masih disimpan dalam telefon pintar.

BACA >>> Waze Buat Hal, Pemandu Volvo Warga Emas Tersilap Masuk Lorong Motosikal
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?

Auto Terkini autotainment Data Peribadi Sistem Infotainment tahukah anda Unit Infotainment
Wahid

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.