Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenali Jenis 4WD dan 2WD, Ada yang Sama Tapi Tidak Serupa
Autotainment

Kenali Jenis 4WD dan 2WD, Ada yang Sama Tapi Tidak Serupa

Han OthmanBy Han Othman18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM artikel lalu kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang 4WD dan 2WD. Secara ringkasnya, 4WD merujuk kepada kenderaan yang dipacu empat tayar, di mana jenis AWD (pacuan semua roda) turut termasuk dalam kelompok 4WD. Sebaliknya, 2WD pula ialah kenderaan yang menggunakan sistem pacuan dua roda, sama ada dua roda depan atau dua roda belakang.

Dalam artikel kali ini, kita akan memecahkan pula kategori 4WD. Asasnya, apabila sesebuah kenderaan 4WD itu bergerak dalam mod empat tayar, kuasa enjin disalurkan kepada gandar depan dan belakang secara serentak (sinkronais) supaya supaya sekurang-kurangnya satu tayar di setiap gandar (satu gandar = dua roda) dapat bergerak menggunakan kuasa enjin dengan cekap.

Sekarang kita akan memperincikan pecahan 2WD dan 4WD:

2WD

i. 4×2 (four-by-two)

Jika anda berada dalam kenderaan 4×2, anda sebenarnya boleh beraksi seperti 4×4 dengan menekan pedal brek dengan lembut untuk memperlahankan roda yang berpusing dan menyalurkan tenaga kepada roda untuk mendapatkan traksi.

ii. 4×2 (2WD)

Kenderaan ini ialah jenis pacuan 2-roda (2WD) dengan empat roda (atau tayar). 4×2 bagi 2WD bermaksud kenderaan itu ada total 4 roda, tetapi dipacu dengan 2 roda. Dua roda pacuan itu pula boleh jadi sama ada depan atau belakang, tetapi kebiasaannya belakang. ATV Sport ialah contoh kenderaan 4×2.

BACA >>> Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4×4, 2×4 dan AWD?

4WD

i. 4×4 (4WD)

Kenderaan ini ialah jenis pacuan 4-roda (4WD). 4×4 bagi 4WD bermaksud kenderaan itu ada total 4 roda dan 4 roda juga yang dipacu. Kuad utiliti (utility quad) atau ATV ialah contoh kenderaan yang menggunakan sistem pacuan 4×4.

 ii. 4WD Separuh Masa (Part-Time 4WD)

Ini ialah jenis kenderaan pacuan 4-roda yang hanya berfungsi apabila diaktifkan. Kuasa enjin akan disalurkan kepada semua roda dengan menggerak serentak (sinkronais) gandar depan dan belakang menerusi satu tuas atau punat anjakan (shift lever). 4WD Separuh Masa kebiasaannya menawarkan fungsi dua julat kelajuan, iaitu Hi (tinggi) dan Lo (rendah).

4WD Hi (juga dipanggil ‘Hi Range’) dalam sistem ini tidak boleh digunakan atas permukaan kering. Begitu juga 4WD Lo (juga dipanggil ‘Low Range’), tetapi fungsi ini digunakan untuk kondisi jalan paling ekstrem. Ciri ini tidak memberikan banyak traksi, tetapi mampu menjana tiga kali ganda tork bagi separuh atau suku kelajaun dalam julat ringgi.

Antara komponen utama dalam sistem 4WD Separuh Masa ialah kotak pindahan (transfer case), dua syaf pacu (drive shaft), dua gandar diferensial dan dua gandar dikuasakan. Bagaimanapun, sistem ini tiada diferensial tengah (centre differential).

Bagaimanapun sistem 4WD Separuh Masa perlu menggunakan mod 2WD apabila memandu atas jalan biasa yang normal dan berturap, bersimen atau permukaan keras. Ini kerana sistem ini direka untuk berdepan situasi tertentu sahaja yang memerlukan traksi tambahan seperti mendaki cerun atau menyeberang jeram. Trak pikap ialah antara kenderaan tipikal dengan sistem 4WD Separuh Masa seperti Nissan Navara, Toyota Hilux dan Ford Ranger.

iii. 4WD Sepenuh Masa (Full-Time 4WD)

Ini ialah kenderaan jenis sistem pacuan 4-roda (4WD) yang boleh digunakan sepanjang masa atas semua permukaan (juga dipanggil 4WD tetap – permanent 4WD). Sistem 4WD Sepenuh Masa tiada mod 2WD seperti yang ada pada 4WD Separuh Masa.

Pemandu 4WD Sepenuh Masa boleh memilih menghasilkan 25 peratus daripada tork sedia ada di atas permukaan yang sama rata. Pemandu juga boleh memilih mod 4-high – 4H (tetapan harian) atau 4-low – 4L.

Kenderaan 4WD Sepenuh Masa mampu bekerja dengan baik atas permukaan normal dan off-road. Apabila menggunakan mod 4L, roda akan menghasilkan lebih tork berbanding 4H, tetapi pada masa sama bergerak dalam kelajuan perlahan.

Sebagai makluman, 4L tidak menghasilkan banyak traksi, sebaliknya menggandakan tork pada kelajuan perlahan. Fungsi ini penting untuk menggerakkan kenderaan yang berisiko terkandas akibat kondisi jalan teruk seperti ais, pasir, kerikil atau selut.

iv. 4WD Automatik (A4WD)

Ini ialah jenis kenderaan yang akan mengaktifkan ciri pacuan 4-roda (4WD) secara automatik apabila diperlukan. Juga dipanggil ‘Real Time 4WD’, ‘intelligent AWD’ atau ‘active AWD’ . Sistem ini tidak terus menggerakkan keempat-empat tayar sepanjang masa, cuma dalam situasi tertentu. Kadangkala ada yang tersilap menyamakan sistem ini dengan 4WD Separuh Masa.

Dalam pemanduan normal, sistem 4WD Automatik akan bergerak dalam 2WD. Sebaik saja traksi hilang pada salah satu gandar (depan atau belakang), sistem secara automatik akan menjana tork kepada gandar satu lagi. Maknanya, anda memandu 2WD dan apabila satu gandar kehilangan traksi, maka gandar lain dikunci automatik bagi mengekalkan kestabilan dan gerakan pemanduan.

Kemudian, apabila kondisi jalan menjadi normal semula, sistem akan bertukar kembali kepada mod 2WD secara automatik. Kenderaan elektrik (EV) Polaris Ranger Electric memilih 4WD Automatik sebagai sistem pacuan.

v. Shift-on-the-Fly 4WD

Kenderaan Shift-on-the-Fly 4WD menawarkan opsyen kepada pemandu untuk bertukar fungsi 2WD kepada 4WD Hi secara manual tanpa perlu terlebih dahulu menghentikan kenderaan. Bagaimanapun, sistem ini ada had kelajuan tertentu sebelum fungsi pacuan dapat diaktifkan dengan purata kelajuan di bawah 96.5kmj.

Kenderaan off-road yang menggunakan aktuator elektronik (seperti punat tekan vs tuil gear), hanya boleh bertukar kepada 4WD-Hi dalam kelajuan tertentu. Jika menekan punat secara paksa, anda sama sekali tidak akan mengaktifkan operasi 4WD.

Sementara itu, kenderaan dengan tuil anjakan mungkin tidak tahu mereka sedang memandu terlalu laju untuk bertukar kepada 4WD Hi, di mana cara seperti ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan. Sila baca manual pengguna jika kereta anda menggunakan sistem Fly 4WD.

vi. AWD (Pacuan Semua-Roda)

Kenderan 4WD jenis pacuan semua roda (AWD) bekerja dengan menyakurkan tenaga enjin kepada keempat-empat tayar secara serentak. Setiap proses saluran tenaga ada nisbah hantaran kuasa depan-ke-belakang berbeza. Kenderaan AWD tiada ciri julat kelajuan – High dan Low – seperti 4WD Sepenuh Masa atau 4WD Separuh Masa disediakan. AWD juga tiada fungsi 2WD seperti 4WD Separuh Masa.

Walaupun konfigurasi AWD dan 4WD Sepenuh Masa nampak serupa, tetapi perbezaan ketara antara kedua-dua sistem pacuan tersebut ialah AWD kurang lasak dan praktikal dipandu dalam situasi jalan off-road kerana tiada tetapan ‘4 low’. Persamaannya pula,  kenderaan AWD boleh digunakan atas semua permukaan berturap normal atau sederhana ekstrem. Dan mampu dipandu lebih baik berbanding 2WD di atas jalan basah, berlumpur atau berais.

Antara tipikal kenderaan AWD adalah jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Honda CR-V, Kia Sportage dan Subaru XV. Ini termasuk kereta prestasi tinggi atau jentera rali seperti Volkswagen Golf R, Ford Focus RS.

SUMBER: Thoughtco.com | 4x4abc

autotainment beza 4x4 dan 2x4 Kenderaan Pacuan Empat Roda (4WD)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.