• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kena Sita Tiada Insurans dan Lesen, Lamborghini Bek Man City Ini Mungkin Kena Lupus

Kena Sita Tiada Insurans dan Lesen, Lamborghini Bek Man City Ini Mungkin Kena Lupus

December 16, 2020 By Azizi H Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMBORGHINI Aventador SVJ milik pemain Manchester City, Benjamin Mendy berdepan risiko dilupuskan pihak berkuasa Britain kerana gagal dituntut semula.

Supercar itu dilaporkan dibeli pemain bek kiri tersebut di Perancis sebelum dibawa ke Britain. Namun pada 5 November lalu di Cheshire, barat laut England, beliau ditahan polis kerana memandu tanpa insurans dan lesen memandu sah. Padahnya, kereta berkenaan disita polis.

Beliau kini sedang mengejar masa untuk menuntut semula Lamborghini tersebut. Kebiasaannya pihak berkuasa Britain akan menyimpan sesebuah kereta disita hingga 14 hari, dan pemilik perlu menyediakan dokumen diperlukan untuk mendapatkan semula kenderaan mereka.

BACA >>> Pemain Bola Kedah, Mat Don Pun Sanggup Ambil Lesen P, Anda Bila Lagi?

Benjamin Mendy
Lamborghini Aventador SVJ [1]

Jika tidak dituntut dalam jangka masa itu, kereta mereka boleh dilelong atau dilupuskan. Menurut portal Britain, The Sun, kini sudah kira-kira 20 hari Lamborghini milik Mendy disita, tetapi masih belum dituntut semula.

Menurut sumber rapat Mendy;

Ben pemain bola hebat, tetapi dia tak hebat dalam perincian birokrasi seperti kertas kerja.

"Dia tak sedar dia tak diinsuranskan. Jadi itu kesalahan besar pihaknya. Dia memang berusaha untuk betulkannya, tapi sekarang dah 20 hari sejak kereta dia kena sita dan berisiko tinggi dilupuskan.

"Polis tahu dia nakkan semula kereta tu dan memang bersedia nak serahkan semula, tapi itu hanya selepas dia beri dokumen diperlukan."

Mengenai kereya  Mendy, itu ialah Aventador SVJ edisi terhad yang hanya dikeluarkan 900 unit sahaja. Walaupun memiliki kontrak lima tahun bernilai £52 juta (RM280 juta) dan mampu membeli apa saja yang dimahukan, Mendy pastinya tidak mahu kereta miliknya dihancurkan.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 6 Kereta Mewah Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski

SUMBER: CarScoops

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Benjamin Mendy, Kereta Kena Sita, Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, Pemain Manchester City

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my