Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kempen Touch ‘n Go ‘Walao Eh Just for Penang’ Sasar Bebas Tunai 2030 di Pulau Pinang
Auto Terkini

Kempen Touch ‘n Go ‘Walao Eh Just for Penang’ Sasar Bebas Tunai 2030 di Pulau Pinang

Han OthmanBy Han Othman16/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PENYEDIA perkhidmatan kad pintar dan pembayaran elektronik, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnG) melancarkan kempen tiga bulan di Pulau Pinang untuk menggalakkan pilihan pembayaran tanpa tunai dan lancar bagi pengalamanan mobiliti bersepadu membabitkan tol, transi dan parkir buat penduduk negeri itu.

Upacara perasmian kempen dilancarkan hari ini di Hotel Royale Chulan di Georgetown yang dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebagai tetamu kehormat, termasuk pegawai Kerajaan Negeri dan pelbagai agensi Kerajaan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TnG, Praba Sangarajoo berkata;

Pulau Pinang ada objektif jelas membina infrastruktur digital berdaya tahan menjelang 2023. Mengambil kira perana penting dimainkan pengangkutan dalam pembangunan  mana-mana bandar atau rilayah, ekosistem mobiliti efisien bukan saja meningkatkan kualiti hidup penduduk, tetapi juga memacu memacu pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

“Menjadi rumah kepada syarikat teknologi kewangan dan perintis dalam solusi mobiliti bersepadu, Touch ‘n Go teruja memainkan peranan utama dalam memacu agenda bandar pintar Pulau Pinang menerusi pengenalan solusi dan produk bernilai tinggi yang menggabung inovasi terkini dalam teknologi RFID dan NFC untuk membolehkan pengalaman mobiliti bersepadu dan lancar buat penduduk Pulau Pinang.”

Chow pula berkata, pelaksanaan perkhidmatan e-bayaran seperti TnG RFID digalakkan kerana ia memudahkan, cekap dan selamat.

Dengan Touch ‘n Go memulakan perjalanan ini dengan kita, kami yakin dengan kemampuan mencapai misi Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri tanpa tunai 100 peratus menjadi 2030.

“Kerajaan Negeri memuji inisiatif dan sokongan Touch ‘n Go, dan kami mahu mengambil peluang ini untuk menyatakan terima kasih  kerana menganjurkan kempen ini untuk membantu dan melengkapkan penduduk Pulau Pinang dengan alat yang sesuai ke arah bebas tunai sepenuhnya.”

Siri jelajah ‘Walao Eh Just In Penang’ akan berlangsung hingga Disember ini di pelbagai lokasi seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang mensasarkan memperkenal solusi mobiliti lancar kepada penduduk negeri tersebut dalam bentuk TnG RFID, dan kad TnG dipertingkat (NFC).

Sebuah trak mobile khas akan ditempatkan di beberapa lokasi utama yang menawarkan kempen istimewa kepada warga Pulau Pinang seperti tag RFID dan pek TnG eksklusif yang terdiri daripada tag RFID dan kad TnG versi dipertingkat.

Pengguna juga boleh menikmati rebat segera ketika membuat pembelian produk tersebut di lokasi jelajah. Juga boleh mendapatkan perkhidmatan menampal tag RFID pada kenderaan masing-masing daripada kru bertugas.

Maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan boleh layari https://www.touchngo.com.my/promotion/penang-rfid-campaign-2023.

Auto Terkini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Praba Sangarajoo Pulau Pinang RFID TnG Touch N Go Walao Eh Just for Penang
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.