• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kembara Media Rasai Aksi 'Rainforest Challenge Grand Finale' Dikuasakan Petron

Kembara Media Rasai Aksi 'Rainforest Challenge Grand Finale' Dikuasakan Petron

December 2, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


PETRON sudah empat tahun menyokong acara Rainforest Challenge (RFC) yang kali ini membuka peluang kepada pihak media menyertai pengembaraan 'Prestasi TriAction Advantage Petron' untuk merasai pengalaman eksklusif Rainforest Challenge Grand Finale di Kelantan.

Sebagai salah satu acara sukan lasak 10 teratas dunia, kenderaan 4x4 dalam cabaran RFC ini dikuasakan Petron Turbo Diesel Euro 5. Saingan melibatkan aksi dalam hutan hujan tropika pada musim tengkujuh yang tahun ini disertai 450 peserta dari 20 negara.

RFC GRAND FINALE 2019_19
RFC GRAND FINALE 2019_13
RFC GRAND FINALE 2019_18

Pengasas RFC, Trophy Luis JA Wee berkata, perlumbaan tahun ini lebih sukar kerana peserta perlu merentasi 50 Peringkat Khas (SS). Laluan tersebut akan membawa peserta merentasi Kota Bahru, Pasir Mas, Tanah Merah, dan Kuala sebelum berakhir di Gua Musang yang disusuli karnival dua hari.

"Hanya gabungan pemandu dan kenderaan terbaik, termasuk pilihan bahan api dan minyak enjin yang tepat akan mendorong pasukan untuk menamatkan podium," katanya.

Rainforest Challenge Grand Finale, yang bermula 29 November hingga 9 Disember, adalah acara akhir RFC Global Series (RFCGS), iaitu litar lumba off-road dunia yang melibatkan 25 negara dengan 45 acara. Peringkat perlumbaan dinamakan Predator, Terminator dan Zon Twilight yang memerlukan peserta meredah laluan curam, berbukit, menyebarang cerun (v gullies), kawasan paya dan kolam berlumpur.

BACA >>> Petron Taja Siri Akhir Lumba Off-Road Dunia - Rainforest Challenge 2018 di Malaysia

Kenderaan akan berhenti di stesen Petron di Kota Bahru, Pasir Putih, Laloh dan Gua Musang untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke laluan off-road di bekas hutan balak di Kelantan. Melengkapkan pengalaman itu pihak media berpeluang menyertai pusingan kelayakan RFC atau Peringkat Prolog di Bukit Panau, Pasir Mas.

Dalam acara Jelajah Kembara Media Prestasi Petron TriAction Advantage dapat merasai perbezaan prestasi yang ditawarkan Petron Turbo Diesel Euro 5 yang didatangkan dengan aditif premium TriAction Advantage. Petron Turbo Diesel Euro 5 direka khusus untuk meningkatkan prestasi enjin, penjimatan bahan api dan memanjangkan jangka hayat enjin.

BACA >>> Bahan Api Petron Turbo Diesel Euro 5 Berjaya Tawan Rainforest Challenge 2017

GALERI
RFC GRAND FINALE 2019_10
RFC GRAND FINALE 2019_15
RFC GRAND FINALE 2019_12
RFC GRAND FINALE 2019_13
RFC GRAND FINALE 2019_2
RFC GRAND FINALE 2019_3
RFC GRAND FINALE 2019_6
RFC GRAND FINALE 2019_4
RFC GRAND FINALE 2019_5
RFC GRAND FINALE 2019_1
RFC GRAND FINALE 2019_28
RFC GRAND FINALE 2019_23
RFC GRAND FINALE 2019_25
RFC GRAND FINALE 2019_26
RFC GRAND FINALE 2019_7
RFC GRAND FINALE 2019_24
RFC GRAND FINALE 2019_8
RFC GRAND FINALE 2019_11
RFC GRAND FINALE 2019_14
RFC GRAND FINALE 2019_16
RFC GRAND FINALE 2019_17
RFC GRAND FINALE 2019_18
RFC GRAND FINALE 2019_19
RFC GRAND FINALE 2019_20
RFC GRAND FINALE 2019_21
RFC GRAND FINALE 2019_27
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, minyak Petron Blaze 95 TriAction Advantage, Petron, Petron Turbo Diesel Euro 5, Rainforest Challenge (RFC), Rainforest Challenge Grand Finale 2019, Trophy Luis J.A. Wee

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my