Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kemalangan Pemandu Warga Emas Meningkat, Perlu Gubal Akta Baharu?
Auto Terkini

Kemalangan Pemandu Warga Emas Meningkat, Perlu Gubal Akta Baharu?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemandu warga emas

LAPORAN terbaharu polis menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya melibatkan pemandu berusia 61 tahun ke atas antara 2019 dan 2024 semakin meningkat.

Data berkenaan menimbulkan persoalan mengenai kewajaran warga emas dibenarkan terus memandu, atau akta baharu perlu digubal?

Statistik Kemalangan Meningkat

Kemalangan jalan raya Malaysia

Berdasarkan data 2019 hingga 2024, lebih 19,800 pemandu warga emas terbabit kemalangan jalan raya seluruh Malaysia. Statistik polis mendedahkan:

  • 6,733 orang kehilangan nyawa
  • 2,132 orang cedera parah
  • 10,947 orang cedera ringan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menyifatkan angka itu sebagai kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat.

Bukan Faktor Usia Semata-mata

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

Mohd Yusri berkata, usia bukan satu-satunya punca kemalangan, tetapi jelas menunjukkan perlunya perhatian lebih terhadap aspek keselamatan jalan raya.

Isu ini tidak wajar dinilai berdasarkan umur semata-mata. Sebaliknya, perlu disokong dengan penilaian kesihatan dan kemampuan individu untuk memastikan kelayakan memandu dengan selamat,” katanya.

Cadangan Penilaian Kesihatan

Pemandu warga emas
Pemandu warga emas

Walaupun JSPT tidak mencadangkan larangan penuh terhadap warga emas memandu, Mohd Yusri menekankan kepentingan penilaian kesihatan dan keupayaan memandu secara berkala. Katanya, kebanyakan warga emas masih memerlukan kereta untuk ke masjid atau mengambil cucu.

Peranan Kementerian Pengangkutan

Beliau turut menggesa kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi menilai dan melaksanakan sebarang keputusan mengenai warga emas, termasuk potensi penggubalan peraturan jalan raya baharu.

Isu tersebut kini menjadi perbincangan hangat yang memerlukan keseimbangan antara hak mobiliti warga emas dan aspek keselamatan pengguna jalan raya lain.

SUMBER: NewStraitsTimes

Auto Terkini JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) JSPT Kemalangan Warga Emas memandu Pemandu Warga Emas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri Statistik Polis Warga Emas
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.