Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KBS: Parlimen Tidak Pernah Bahas, Lulus RM20 Juta Bina Litar Drag Setiap Negeri
Auto Terkini

KBS: Parlimen Tidak Pernah Bahas, Lulus RM20 Juta Bina Litar Drag Setiap Negeri

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize30/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mendakwa Parlimen tidak pernah membahas atau meluluskan peruntukan RM20 juta bagi membangunkan litar lumba drag di setiap negeri yang dibentang Kerajaan terdahulu dalam Belanjawan 2023.

KBS memaklumkan, ini kerana mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah membubarkan Parlimen selepas pembentangan belanjawan, yang menyaksikan belanjawan tersebut tidak pernah disalur kepada Kementerian itu.

Menurut KBS lagi, belanjawan tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada KBS, manakala kos RM20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar setiap negeri.

KBS amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat membina litar berdasarkan konsep sekadar ada.

“Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag adalah perlumbaan di platform yang baik dan bermanfaat, tetapi keselamatan pelumba, penonton dan semua terlibat perlu diberi keutamaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dibuat susulan kenyataan Ismail Sabri yang kesal dengan keputusan Kerajaan yang membatalkan projek pembinaan litar drag setiap negeri ketika negara berada di bawah pimpinannya dahulu.

Bagaimanapun, KBS kekal proaktif dalam mencari kaedah memastikan sukan permotoran dapat terus dilaksana dalam keadaan terkawal dan selamat walaupun kekangan kewangan kini menghalang usaha pembinaan litar permotoran khasnya litar drag.

Antara usaha dilakukan adalah melalui projek menaik taraf dan memperbaiki kemudahan sedia ada di bawah KBS, seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang mencapai spesifikasi antarabangsa, dan Litar Lumba Tangkak di Johor bagi penggiat sukan permotoran tempatan,” kata KBS.

KBS turut bekerjasama dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dalam memastikan operator dan penganjur sukan permotoran itu dapat melaksanakan program atau aktiviti di litar yang selamat dengan membuat penyenaraian litar kekal yang disahkan serta menyediakan spesifikasi minimum bagi litar sementara.

Pada masa sama, KBS menerusi Jabatan belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan MAM giat membangunkan garis panduan sukan permotoran, termasuk lumba drag dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat dan kondusif seterusnya mengurangkan risiko perlumbaan.

BACA >>> Mantan PM Kesal Kerajaan Batal Pembinaan Litar Lumba Drag Setiap Negeri
BACA >>> #Bajet2023: Peruntukan RM20j Untuk Bina Litar Drag

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Litar Drag Litar Lumba Drag mantan pm
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.