Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kawbra – Kenderaan Darat Tanpa Pemandu dengan Enjin Elektrik Pertama Buatan Tempatan
Roda4

Kawbra – Kenderaan Darat Tanpa Pemandu dengan Enjin Elektrik Pertama Buatan Tempatan

FarahBy Farah29/03/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN Darat Tanpa Pemandu (UGV) pertama buatan tempatan dengan nama ‘Kawbra’ ditayangkan kepada umum buat kali pertama sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia 2022, semalam.

Kawbra ialah kenderaan yang direka untuk menyelinap ke kawasan berisiko dan dibangunkan hasil kerjasama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) bersama syarikat Dream Age.

BACA >>> Askar UK, Australia Uji Motosikal Elektrik Sur-Ron Light Bee X Sebagai Aset Tentera

Diilhamkan daripada nama ular, UGV ini menampilkan rekabentuk depan seakan ular tedung dan mampu bergerak senyap kerana tidak menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar, sebaliknya menggunakan bateri elektrik.

Ketua Kejuruteraan Pembuatan Stride, Aizul Fazli Suhaimi berkata, UGV itu boleh diatur gerak memasuki kawasan berbahaya seperti kawasan pencemaran sisa toksik dan berisiko hingga penempatan manusia dengan menggunakan kawalan jarak jauh.

Kenderaan ini juga boleh mengambil data dan melakukan video masa nyata (real-time) untuk mengetahui situasi sebenar lokasi dituju tanpa membahayakan nyawa manusia. Ia dilengkapi:

  • 4 kamera dan 3 sensor – sensor halangan menggunakan teknologi inframerah untuk mengesan objek yang menghalang laluan, sensor geomagnatik dan sensor GPS untuk mod ‘follow me’.
  • Selain memasuki kawasan berbahaya, Kawbra boleh bergerak sejauh 40km untuk setiap cas penuh dengan bebanhingga 200kg.
  • Kos membangunkan Kawbra tidak lebih RM1 juta dan mula dibangunkan sejak 2019, tetapi sedikit terganggu kerana pandemik Covid-19.

BACA>>> Sendok Group Pamer Van Elektrik Komersial Pertama Di Malaysia
BACA>>> Malaysia Perkenal Kereta Lumba Elektrik Hidrogen Pertama, HyPER

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Dream Age Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) Kawbra Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV) kereta bateri pengecasan elektrik. Roda4
Farah

Artikel Berkaitan

Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.