Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Z900RS Lancar di Tokyo, Bangkitkan Ilham Legenda Retro Z1
Roda2

Kawasaki Z900RS Lancar di Tokyo, Bangkitkan Ilham Legenda Retro Z1

ZYBy ZY26/10/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat anda abang-abang otai yang sudah lama menunggu. Kawasaki sah melancarkan motosikal sport retro terbaru, Z900RS yang dibina berasaskan streetfighter sedia ada, Z900, dengan gaya retro model ikonik, Kawasaki Z1 pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2017.

Walaupun tampak seperti motosikal lama, jangan tidak percaya, Z900RS ini datang dengan teknologi lebih canggih berbanding Z900 yang ada sekarang!

BACA >>> Kawasaki Z900RS Bakal Debut di Tokyo Oktober Ini, Berita Baik untuk Penggemar Retro!

Menyentuh soal penampilan, tidak seperti foto intip yang kami siarkan sebelum ini, rupa Z900RS benar-benar seperti motosikal yang mungkin abang atau bapa anda pernah tunggang sekitar 30-40 tahun lalu.

Dari hadapan, Z900RS mengenakan lampu depan LED bulat tanpa deflektor angin. Jelas juga panel instrumen dua meter analog bulat untuk paparan spidometer dan takometer. Tangki bahan api 17 liter diberikan gaya ‘tear-drop’ untuk sentuhan old-skool, dan begitu juga frem trellis yang diubah untuk menempatkan tangki tersebut. Kini, lengkaplah gaya retro Z900RS dengan sepasang cermin sisi bulat, dan ekor yang diilhamkan daripada jentera klasik Kawasaki Z1.

REKABENTUK ILUSI RETRO

Menariknya, Kawasaki bijak bermain ilusi. Jika diteliti, kepala blok enjin Z900RS mempunyai hiasan sirip seperti enjin penyejukan udara motosikal lama. Selain itu, walaupun nampak seperti menggunakan rim aloi berbilang jejari, sebenarnya Z900RS dipasangkan rim 17-inci 20 jejari. Paip ekzos 4-1 gaya corong juga tidak terlepas pandang kerana Kawasaki memberikan sentuhan tambahan bagi menghasilkan bunyi deruman unik pada rev rendah. Satu pendekatan yang menarik sekali dilakukan pengeluar motosikal terkemuka tersebut!

ENJIN Z900 DIUBAH SUAI

Kawasaki Z900RS Malaysia

Menggerakkan jentera seberat 215kg ini ialah enjin 4-silinder sebaris 948cc yang dibawa daripada Z900, tetapi khas untuk Z900RS, kuasanya telah ditala lebih rendah. Tork dikekalkan pada 98Nm pada putaran lebih awal, 6,500rpm dengan kilasan maksimum, manakala kuasa kuda direndahkan kepada  111hp (8,500rpm), berbanding 125hp (Z900).

Bagaimanapun, sebagai jentera moden-retro, yang menyasarkan golongan pembeli di kalangan mereka yang sudah berumur, penurunan kuasa itu bukan isu besar kerana ia turut membantu memudahkan aspek pengendalian supaya lebih terkawal dan selesa.

BACA >>> Kawasaki Siar Video Teaser Kedua Z900RS Menjelang Debut Tokyo 2017


Faktor keselesaan tidak pula dilupakan. Bar hendal Z900RS nampak lebih tinggi dan lebar berbanding Z900, manakala kedudukan alas pemijak direndahkan dan dianjak sedikit ke hadapan. Ini memberikan posisi tunggangan lebih menegak yang bukan saja membuatkan mesin ini lebih bergaya klasik, tetapi juga selesa ditunggang.

Menyentuh hal pengendalian, Z900RS hadir dengan ciri-ciri streetfighter terdahulu seperti suspensi depan dan belakang boleh laras, ABS dan klac bantuan gelincir (slipper-assist). Z900RS turut menawarkan ciri tambahan seperti kawalan traksi dengan dua mod tunggangan dan kaliper brek radial 4-piston yang mana tiada pada Z900!

Keseluruhannya, Kawasaki Z900RS sangat menarik, terutama buat anda yang bosan dengan gaya motosikal moden yang tajam dan agresif. Soalnya, apakah jentera retro ini bakal hadir ke pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu.

VIDEO

Kawasaki Z900RS - Official Studio Video

GALERI

Kawasaki Z900RS Malaysia
Kawasaki Z900RS Malaysia
Kawasaki Kawasaki Z900 Kawasaki Z900RS klasik neo retro Pameran Motor Tokyo 2017 retro retro-sport roda2 tokyo auto show 2017 z900 z900rs
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

08/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

08/07/2026
Nippon Paint Perkenal AI-PPS
Aksesori

Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

07/07/2026
CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
Auto Terkini

G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.