Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Z900RS Akhirnya Tiba di Malaysia – Harga Bermula RM67,900
Roda2

Kawasaki Z900RS Akhirnya Tiba di Malaysia – Harga Bermula RM67,900

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/02/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

kawasaki z900rs malaysiaBULAN lalu kami ada melaporkan tentang debut Kawasaki Z900RS ke pasaran Malaysia selepas Kawasaki Motors Malaysia (KMM) menyiarkan dua klip video teaser model neo retro itu di laman Facebook wakil pengedar itu. Hari ini, KMM rasmi memperkenalkan produk klasik tersebut.

Kawasaki Z900RS didatangkan dalam dua varian: Z900RS Edisi Khas dan Z900RS Standard. Kedua-dua varian dijadualkan berada di pasaran bermula Mac ini.

HARGA

  • Kawasaki Z900RS Standard: RM67,900 (hijau)
  • Kawasaki Z900RS Edisi Khas: RM69,900 (oren)

* Harga termasuk GST, Z900RS ialah model import (CBU) dari Jepun.

Kawasaki Z900RS Malaysia
Kawasaki Z900RS Malaysia

Kepada mereka yang ternanti-nanti model ini, berikut sembilan fakta pantas yang perlu anda ketahui tentang Kawasaki Z900RS:

1. Kawasaki Z900RS dikuasakan enjin 4-silinder 948cc penyejukan cecair DOHC berkuasa 110hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 98.5Nm (6,500rpm). Enjin dengan nisbah mampatan 10.8:1 itu ditala untuk prestasi pada julat kuasa rendah dan pertengahan.

2. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan. Gear 1 ditala pendek, dan tetapan gear 6 yang tinggi menyumbang kepada pecutan lancar selain meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan getaran ketika menunggang dalam kelajuan tinggi.

3. Selain itu, padanan klac gelincir (slipper clutch) membantu mengelakkan impak lantunan roda ketika menurunkan gear.

4. Kawalan Traksi (TRC) ditambah baik kepada dua tahap. Mod 1 untuk tetapan standard dan Mod 2 untuk tunggangan ketika hujan. Kedua-dua opsyen mod boleh dimatikan.

5. Jentera café racer tersebut dibina atas struktur frem trellis ringan dengan enjin dipasang rigid dan bersambung pada 5 poin frem: depan dan belakang kepala silinder, dan di sebalik silinder, serta di atas dan bawah kotak engkol.

BACA >>> #EICMA2017: Kawasaki Z900RS CAFE – Kejutan Istimewa Buat Peminat Café Racer!

kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia

6. Bersama frem baharu, Kawasaki Z900RS juga menampilkan klamp upper-triple yang meningkatkan ofset stereng kepada 34mm, mengurangkan trail dan mampu beroperasi lebih ringan.

7. Buat pertama kali, Kawasaki menggunakan ekzos Tuned Exhaust Note pada Z900RS dengan ciri rekaan keluli tahan karat 4-to-1. Bagi menyediakan bunyi retro daripada enjin 4-sebaris, Kawasaki menala panjang paip ekzos,  rekabentuk pengumpul, lekukan dan ketumpatan gentian kaca dalam peredam.

8. Keselesaan tunggangan dibantu fork terbalik (USD) 41mm dan suspensi belakang Horizontal Back-Link Kawasaki. Fork boleh laras sepenuhnya dengan 10 tetapan mampatan dan 12 tetapan lantunan (rebound), manakala absorber daripada jenis prabeban, dan peredam lantunan juga boleh laras sepenuhnya.

9. Keyakinan membrek disumbangkan dwi cakera 300mm di depan, diapit kaliper radial 4-piston, dan cakera tunggal 250mm di belakang dengan kaliper 1-piston. Ciri ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) diberikan sebagai standard.

BACA >>> #TunggangUji: Kawasaki Ninja 650 ABS + Petron Blaze RON100 = Memang Terbaik!

BACA >>> Perbandingan Rupa – Kawasaki Ninja 250 (2018) vs Honda CBR250RR vs Yamaha R25

kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
kawasaki z900rs malaysia
Cafe racer enjin Kawasaki Z900RS Malaysia harga Kawasaki Z900RS Malaysia Kawasaki Lancar Kawasaki Motors Malaysia Kawasaki Z900RS Kawasaki Z900RS Malaysia KMM Z 900RS z900rs
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.