• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Versys-X 250 Tourer Kini dengan Warna, Grafik Baharu di Indonesia

Kawasaki Versys-X 250 Tourer Kini dengan Warna, Grafik Baharu di Indonesia

August 6, 2020 By Aryon Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) memperkenalkan model advencer, Versys-X 250 Tourer dengan warna baharu, dipanggil Abu Abu (kelabu) dan rekaan grafik berbeza berbanding model terdahulu pada harga atas jalan Rp67.9 juta (RM19,490).

Model baharu ini ditambahkan logo Versys-X 250 pada dua sisi tangki minyak yang menyerlahkan efek sporty. Bagaimanapun, tiada ciri lampu kabus dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) diberikan.

BACA >>> #BikinMotor: Kawasaki Versys 250 Jadi Dual-Sport Dua Alam

Sebagai makluman, KMI mula melancarkan Versys-X 250 buat kali pertama pada 2017 yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembeli di Indonesia.

Versys-X 250 Tourer dijana enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 249 Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI), sama seperti enjin Ninja 250, yang menghasilkan kuasa 32hp @11,500rpm dan tork 21.7Nm @ 10,000 rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 41mm di depan dan monoshock dengan swingarm Bottom-Link Uni-Trak di belakang. Sistem brek jenis cakera tunggal petal 290mm di depan dan cakera tunggal petal 220mm di belakang. Berat jentera ialah 173kg, manakala kapasiti tangki 17 liter.

Ciri lain sport-tourer ini adalah frem backbone, suspensi depan panjang dan kombinasi rim 19 inci di depan dan 17 inci di belakang.

BACA >>> Berapakah Ansuran Pembeli Indonesia Kena Bayar untuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

Artikel Berkaitan

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kawasaki Motor Indonesia, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Kawasaki Versys-X 250 Tourer, roda2, sport tourer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my