Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kawasaki Ninja 250 (2018) Meluncur di Indonesia, Harga Mula Rp61.9 Juta (RM19k)
Roda4

Kawasaki Ninja 250 (2018) Meluncur di Indonesia, Harga Mula Rp61.9 Juta (RM19k)

AryonBy Aryon20/11/20172 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN model retro-moden, KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) turut membawa masuk model sport fairing terkini paling dinanti ramai, Ninja 250 (2018) pada Sabtu lalu sempena acara Kawasaki Bike Week yang ditampilkan  dalam tiga varian – Standard, Special Edition (SE) dan ABS.

Berikut varian Ninja 250 (2018) yang menjengah pasaran Negara Seberang itu:

  • Ninja 250 – Rp61.9 juta (RM19,000)
  • Ninja 250 SE – Rp64.3 juta (RM19,738)
  • Ninja 250 ABS SE – Rp71.9 juta (RM22,071); varian MDP (Magnetic Design Paint) – Rp72.4 juta (RM22,224)
Ninja 250 Std
Ninja 250 Std
Ninja 250 Std
Ninja 250 SE
Ninja 250 ABS
Ninja 250 ABS (MDP)

Timbalan Ketua Jualan dan Promosi KMI, Michale C Tanadhi berkata, kehadiran Kawasaki Ninja 250 (2018) adalah untuk memenuhi permintaan pengguna yang mahukan motosikal berprestasi tinggi.

“Ninja 250 baharu dihasilkan berasaskan perkembangan produk pertama dalam kelas 250cc yang lebih bertenaga. Bagi membuktikan prestasi motor ini, kami akan menyertai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2018  dan Siri Perlumbaan Indospeed (IRS) 2018,” kata Michael.

Kawasaki Ninja 250 (2018) menampilkan beberapa perubahan seperti lampu utama LED. Pihak Kawasaki mendakwa kuasa Ninja 250 baharu uni lebih bertenaga berbanding model terdahulu. Berbekalkan enjin 249cc, sportbike ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 38hp pada 12,500rpm dan tork maksimum 23.5Nm (10,000rpm).

Ninja 250 (2018) menggunakan frem spar-kembar yang lebih kompak dan ringan, yakni adaptasi sama daripada  casis Ninja H2. Jadi, kualiti pengendalian motosikal ini diyakini lebih stabil. Sementara itu, kapasiti tangki minyak dikurangkan daripada 17 liter kepada 14 liter.

Indonesia sudah masuk, apa khabar pula Kawasaki Malaysia?

SPESIFIKASI KAWASAKI NINJA 250 (2018)

2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250

FREM
Suspensi: Fork teleskopik 41mm (depan); Bottom-Link Uni-Trak, absorber cas-gas dengan prabeban boleh laras (belakang)
Brek: Cakera semi apung tunggal 310mm (depan); Cakera tunggal 220mm (belakang)
Tayar: 110/70-17 M/C 54H (depan); 140/70-17 M/C 66H (belakang)
PanjangxLebarxTinggi (mm): 1,990x710x1,125
Jarak Roda: 1,370 mm
Jarak Kelegaan Tanah: 145 mm
Berat: 167kg
Kapasiti Tangki: 14 liter

ENJIN
Jenis: Penyejukan cecair, 4-lejang Parallel Twin
Kuasa Maksimum: 38hp@12,500rpm
Tork Maksimum: 23.5Nm@10,000rpm
Sesaran: 249cc
Sistem Injap: DOHC, 8 injap
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api
Transmisi: 6-kelajuan, anjakan balik

SUMBER: DapurPacu.com | Kawasaki Motor Indonesia

Kawasaki Kawasaki Motor Indonesia kawasaki ninja 250 2018 motosikal roda2 sportbike
Aryon

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.