Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»Kalau Mahu Malaysia Maju, Buat Dahulu 4 Benda Asas Mudahkan OKU Ini
Sembang Deras

Kalau Mahu Malaysia Maju, Buat Dahulu 4 Benda Asas Mudahkan OKU Ini

Han OthmanBy Han Othman21/09/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

setan-di-parkir-oku-bg
PERIHAL keistimewaan dan ihsan diberikan kepada orang kurang upaya (OKU) bukanlah perkara baru dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila menyentuh mengenai dunia roda, sudah tentu kita sedia maklum dan faham mengenai bagaimana sepatutnya golongan OKU disantuni apabila mereka berkongsi kemudahan dan perkhidmatan jalan raya yang sama dengan kita.

Teguran di bawah ini dicoretkan penulis dan pengkritik sukan indie, saudara Lucius Maximus mengenai sikap segelintir masyarakat kita yang masih pentingkan diri dan benak dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Jika mahu mengaitkan dengan perihal jalan raya, poin 1 dan 4 memang benar-benar berlaku, termasuklah poin lain yang tidak perlulah diperjelaskan lagi.

Kenapa susah sangat kita menjadi bangsa bertamadun atas segala kesempurnaan yang kita miliki? Kenapa semakin menginjak maju, maka semakin kita berperangai hantu? Renung-renungkan.

Sukan Paralimpik 2016 sudah pun melabuhkan tirai pada hari Ahad 18 September. Malaysia berada di kedudukan ke-36 dalam ranking pungutan pingat dengan tiga emas dan satu gangsa. Tidak syak lagi ini adalah catatan terbaik kita dalam Paralimpik dan ia lebih baik berbanding pencapaian atlet Olimpik kita.

Tapi lama sebelum atlet Paralimpik mengharumkan nama negara sudah banyak suara-suara ‘pejuang’ yang berbunyi. Semasa Olimpik sedang berlangsung sudah ada yang bising tentang insentif atlet Olimpik berbanding atlet Paralimpik. Bila Paralimpik berlangsung ada pula yang bising kenapa tidak ada liputan media seluas Olimpik tempoh hari. Sesudah Paralimpik melabuhkan tirai ada lagi bunyi kali ini membangkitkan apakah ‘sambutan gemilang’ yang akan diberikan kepada atlet Paralimpik kita.

Baguslah sebenarnya. Nampaknya orang kita ramai yang sibuk ‘berjuang’ untuk atlet Paralimpik dan tak jemu menyoal kerajaan atau pihak swasta tentang peranan dan sumbangan mereka.

Bagus juga kerana semua persoalan itu sudah pun terjawab. Kerajaan memberikan insentif yang sama buat atlet Olimpik dan Paralimpik, ‘sambutan gemilang’ atlet Paralimpik akan diadakan pada 22 September ini dan pihak swasta ada yang tampil memberikan penghargaan buat atlet ini, sampai dapat kereta Kia Sportage lagi berbanding Proton.

Tetapi ‘perjuangan’ ini harapnya tidaklah hangat-hangat tahi ayam dan terhad pada atlet Paralimpik. Kalau selama ini korang sibuk mempersoalkan kerajaan dan pihak swasta tentang atlet Paralimpik, maka eloklah juga kita muhasabah diri tentang peranan dan sumbangan individual kita kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Ya, tak perlu sibuk nak tanya KJ apa yang dia buat tapi fikirkan balik apa yang boleh kita buat untuk golongan OKU.

Benda ni tak perlu sebesar mana pun. Kalau kau mampu hulur bantuan atau jadi sukarelawan membantu golongan OKU itu sudah cukup hebat. Tapi kalau tak mampu atau tak ada masa, mula dengan ubah diri kita sendiri untuk jadi lebih mesra OKU seperti:

1) Hentikan perangai setan meletakkan kenderaan di lot parkir khas OKU. Walaupun kau cakap nak parking seminit je untuk cucuk duit, hentikan. Pergilah parking jauh sedikit dan guna sepasang kaki sempurna yang Tuhan dah berikan tu.

2) Belajar cara yang betul untuk membantu dan memimpin orang buta yang memerlukan panduan melintas atau mencari jalan. Bukan pegang lengan dia lepas tu kau tolak dia untuk melintas dan dah sampai seberang, kau tinggalkan dia terkapai-kapai.

3) Kalau badan tu sihat walafiat, elakkan guna lif dan beri keutamaan kepada mereka yang berkerusi roda. Ini tidak selalu aku perati yang muda remaja tu lah sibuk nak naik lif pergi wayang padahal eskalator bersepah dalam bangunan (keutamaan ini juga terpakai pada ibu mengandung dan ibu bapa dengan anak di dalam stroller).

4) Laluan orang buta dan juga ramp kerusi roda di kaki lima itu direka dengan tujuan spesifik untuk memudahkan mobiliti golongan OKU. Walaupun di Malaysia tak lengkap atau sempurna tetapi itulah yang ada buat golongan OKU dan tak perlulah kita nak buat onar menyusahkan mereka lagi. Tapi ini tidak, baik yang miskin atau yang kaya, kat situ jugalah kau nak letak kapcai atau Range Rover kau dan tunjukkan sifat ‘OKU’ (‘Otak Kurang Upaya’) kau.

Ini serba sedikit apa yang kita boleh buat untuk menjadikan kehidupan golongan OKU lebih baik. Kalau hari tu kau bukan main lantang bercakap pasal Paralimpik, eloklah kau mula ubah perangai kau dari hari ini sebelum atlet Paralimpik kita pulang 22 September nanti. Macam aku sebut, kalau tak boleh membantu, jangan susahkan kehidupan mereka dan bersama-sama kita ubah mentaliti kita semua. Teringin nak jadi negara maju Wawasan 2020 kan? Mula dengan empat benda asas tadi untuk mudahkan golongan OKU.

Jangan sampai orang kata, kita menang emas Paralimpik tapi nasib OKU terus tergadai.

parkir OKU salah guna kemudahan awam sembang deras setan di parkir OKU
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Banyak acara permotoran di Malaysia masih menggunakan khidmat 'booth babe'
Auto Terkini

#SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!

12/07/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.