Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

Abang HirataBy Abang Hirata13/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman

MERCEDES-BENZ di Jerman mengumumkan agihan hasil keuntungan syarikat bagi tahun kewangan 2025 kepada pekerja.

Langkah itu sebagai tanda penghargaan ke atas dedikasi dan komitmen tinggi ditunjukkan warga kerja syarikat sepanjang tahun lalu walaupun berdepan pelbagai cabaran ekonomi global.

Bonus Perkongsian Keuntungan Sehingga €3,139

Logo Mercedes-Benz

Berdasarkan keputusan awal kewangan 2025 yang diterbitkan pada 12 Februari 2026, kakitangan Mercedes-Benz yang layak dijangka menerima bonus perkongsian keuntungan mencecah sehingga €3,139 yang bersamaan RM14,560 mengikut kadar tukaran semasa.

Pembayaran itu melibatkan sekitar 85,000 kakitangan di Jerman yang dilindungi di bawah perjanjian kolektif.

Bonus tersebut akan dikredit bersama gaji April 2026. Bagaimanapun, jumlah muktamad bonus masih tertakluk kepada pengesahan keputusan kewangan akhir yang akan ditentukan bulan depan (Mac).

Pemberian Saham Sempena Ulang Tahun ke-140

Mercedes-Benz 140-years anniversary

Sempena ulang tahun ke-140, Mercedes-Benz turut memberikan saham ulang tahun Mercedes-Benz kepada semua kakitangan di Jerman.

Langkah tersebut membolehkan pekerja memiliki pegangan terus dan mengambil bahagian secara langsung dalam kejayaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima dividen pada masa depan serta mendapat manfaat peningkatan nilai pasaran syarikat.

Pengiraan Bonus

Kilang Mercedes-Benz Bremen
Kilang Mercedes-Benz Bremen

Mercedes-Benz memaklumkan jumlah bonus diberikan adalah berdasarkan sistem pengiraan telus, yang mencerminkan pencapaian sasaran kewangan utama syarikat, termasuk pendapatan sebelum faedah dan cukai atau EBIT serta aliran tunai bebas.

Selain itu, pelaksanaan strategi perniagaan mampan secara sistematik juga menjadi kayu ukur utama. Bonus tersebut bersifat sukarela dan tidak bergantung kepada jumlah gaji individu pekerja.

Pengiktirafan, Penghargaan

Ahli Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group AG bagi Hubungan Manusia dan Buruh, Britta Seeger berkata, semangat perintis dan budaya ingin menang diamalkan kakitangan menjadi nadi syarikat selama 140 tahun.

Pengerusi Majlis Kerja Umum, Ergun Lümali pula menegaskan, prestasi dan penghargaan perlu seiring.

Beliau menyifatkan skim tersebut sebagai pengiktirafan penting kepada ribuan pekerja yang menggerakkan perubahan dan memikul tanggungjawab setiap hari di Mercedes-Benz.

Ringkasan Bonus Mercedes-Benz 2025:

Kilang Mercedes-Benz Werk Untertürkheim

  • Jumlah bonus maksimum: €3,139 (RM14,560)
  • Bilangan kakitangan layak: Sekitar 85,000 orang
  • Tarikh pembayaran: Gaji April 2026
  • Kriteria penilaian: Sasaran EBIT, aliran tunai bebas, dan strategi perniagaan mampan
  • Manfaat tambahan: Pemberian saham ulang tahun ke-140 untuk kakitangan di Jerman
Kilang Mercedes-Benz Bremen
Kilang Mercedes-Benz Bremen
Auto Terkini Bonus Bonus Mercedes-Benz Jerman Mercedes-benz Roda4 Ulang Tahun Mercedes-Benz ke-140
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.