Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kakitangan Imigresen Dapat Kereta Mewah untuk Cop Keluar-Masuk Warga Asing
Auto Terkini

Kakitangan Imigresen Dapat Kereta Mewah untuk Cop Keluar-Masuk Warga Asing

Azizi HBy Azizi H20/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi Ops Selat merampas 21 unit kereta mewah pelbagai model milik kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana dipercayai dijadikan habuan menyalahgunakan pengesahan cop untuk keluar dan masuk pintu utama negara.

Antara model dirampas ialah Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kereta import lain. Semua kereta mewah tersebut, termasuk empat motosikal kuasa tinggi, bernilai jutaan ringgit, dan semua kenderaan itu kini berada di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

BACA >>> #RetroAuto: Kisah Nissan Skyline R34 GT-R dan Enjin V6

Menurut sumber, SPRM turut menemui wang tunai RM132,000, termasuk menyita wang dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499.

Seramai 27 kakitangan JIM, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam ditahan SPRM, dan siasatan mendapati ejen atau orang tengah itu menggunakan wang dan kenderaan mewah sebagai sogokan kepada suspek bagi memudahkan urusan keluar dan masuk pekerja warga asing bermasalah dari Malaysia sejak 2017.

Siasatan SPRM menerusi operasi khas itu juga mendapati sindiket ejen warga asing sudah membelanjakan RM14.5 juta sebagai sogokan sejak empat tahun lalu.

Menurut sumber lagi, ada kalangan kakitangan JIM berpangkat rendah ditahan kerana memiliki simpanan wang terlalu banyak, termasuk kenderaan mewah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, kenderaan mewah itu didaftarkan atas nama individu lain. Malah, suspek juga dikesan hidup mewah dengan kerap melancong ke luar negara.

SPRM kini masih mengesan dua lelaki dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah, iaitu Yuen Hon Loong, 49, dan Teo Hun Siang, 36.

BACA >>> Guna Pelekat Khas untuk Elak Ditahan, Pegawai Dapat Rasuah Hingga RM32k Sebulan!

SUMBER: HarianMetro

Auto Terkini diskaun saman jabatan pengangkutan jalan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) JIM kereta mewah Rasuah SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Azizi H

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.