• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Guna Pelekat Khas untuk Elak Ditahan, Pegawai Dapat Rasuah Hingga RM32k Sebulan!

Guna Pelekat Khas untuk Elak Ditahan, Pegawai Dapat Rasuah Hingga RM32k Sebulan!

April 17, 2019 By AO 1 Comment

701
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELURUH Malaysia hari ini kecoh dengan skandal lori kebal melibatkan 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direman selama tujuh hari hingga 23 April ini.

Semua pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang itu, daripada gred 19 hingga 32, dipercayai menerima bayaran berjumlah  RM10,000-RM32,000 secara bulanan sebagai habuan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pemandu lori, termasuk membocorkan maklumat operasi JPJ supaya tidak ditangkap.

Malah, difahamkan, 24 penguat kuasa JPJ yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 75 pegawai badan Kerajaan itu yang dipantau SPRM setakat ini.

BACA >>> Menteri Pengangkutan: Tiada Lagi Diskaun Saman JPJ, I Don't Care!

Selain membocorkan maklumat operasi, kumpulan 'lori kebal' itu dikatakan dilindungi menggunakan pelekat khas yang hanya dikenali dan difahami penguat kuasa terbabit.

Seramai 30 lelaki tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang jam 10.40 pagi dengan diiringi lebih 10 pegawai SPRM. Semalam, 33 individu ditahan, termasuk 24 penguat kuasa JPJ sebelum tiga wanita dibebaskan atas jaminan SPRM hari ini, lapor HMetro.

Menurut kenyataan SPRM, suspek dipercayai melindungi pemandu lori atas pelbagai kesalahan jalan raya, terutama yang membawa lebihan muatan sekitar Pulau Pinang. Selain penguat kuasa, tahanan lain terdiri daripada lapan individu, termasuk tiga wanita sebagai orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto dan pemilik syarikat.

Sebelum itu, pagi tadi bas SPRM yang membawa 30 individu untuk proses reman di Mahkamah Majistret Georgetown dilaporkan terbakar. Bas dalam perjalanan dari Bayan Baru ke Georgetown itu dikatakan mengalami kerosakan di enjin dan terbakar di tepi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

BACA >>> Menteri: JPJ, Majlis Bandaraya Akan Diberikan Kuasa Lupus Kereta Terbiar Lama

Bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku, dan semua suspek kemudian dibawa menaiki 10 kereta ke Mahkamah Majistret Georgetown.

 

 

701
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, JPJ Pulau Pinang, Lori Kebal, Rasuah, Rasuah JPJ, Skandal Lori Kebal, SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Comments

  1. mirul says

    April 19, 2019 at 12:32 AM

    sila tangkap juga pemberi rasuah..!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my