Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Van Komersial Bawa Muatan Berat Pun Perlukan Lebih Jarak Berhenti
Auto Terkini

Kajian: Van Komersial Bawa Muatan Berat Pun Perlukan Lebih Jarak Berhenti

Abang HirataBy Abang Hirata14/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda memandu di tepi atau depan kenderaan berat ada risiko tersendiri? Ini kerana kenderaan berat tidak selincah kenderaan ringan seperti kereta atau motosikal ketika berdepan dengan situasi kecemasan. Kenderaan berat yang dimaksudkan bukan setakat bas atau lori, tetapi termasuk juga van komersial.

Ini dibuktikan melalui satu kajian dilakukan Volkswagen Commercial Vehicles (VWVC) ** di Lapangan Ujian MIRA di Nuneaton, England. Menurut kajian, pemandu van berisiko kemalangan jika tidak cukup menjarakkan kenderaan untuk berhenti.

Ujian menunjukkan separuh pemandu van tidak tahu muatan berat sebenarnya mempengaruhi jarak pembrekan. Majoriti pemandu van yang membawa muatan hingga setengah tan dalam pemanduan harian* akan meningkatkan jarak membrek hingga 36 peratus, bersamaan tambahan jarak 5 meter untuk berhenti daripada kelajuan 96kmj.

Siri ujian dilakukan dengan menggunakan pelbagai van keluaran VWVC seperti  Caddy, Transporter dan Crafter dengan membawa pelbagai muatan daripada 0 hingga 500kg pada kelajuan 48kmj dan 96kmj.

LEBIH BERAT PERLUKAN LEBIH JARAK MEMBREK

Keputusan ujian mendedahkan pada kelajuan 48kmj, jarak membrek meningkat kepada purata 33 peratus apabila van diisi muatan hingga setengah tan, bersamaan tambahan jarak 2 meter. Pada kelajuan 60kmj pula, jarak membrek meningkat kepada purata 19 peratus, bersamaan 5 meter. Hasil tinjauan juga mendapati separuh pemandu tidak dapat mengenal pasti berapa jarak diperlukan ketika membawa van dengan muatan.

Pengarah Penyelidikan Thatcham Research, Matthew Avery menggalakkan pemandu van memastikan barang muatan diikat dengan selamat kerana pergerakan muatan berat akan mempengaruhi kestabilan dan jarak membrek.

Mengenai teknologi pembrekan, VWVC pada 2017 mendakwa semua van baharu jenama itu akan dilengkapi Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan pertama seumpamanya untuk pengeluar van. Setakat ini hanya VWVC menawarkan teknologi AEB untuk semua model sebagai ciri standard tanpa mengira varian.

AEB BANTU KURANGKAN KES KEMALANGAN

VWVC juga memaklumkan jika AEB (lihat video atas) dilengkapi pada semua kenderaan komersial di Britain, potensi jumlah kemalangan dapat dielakkan hingga 2,500 kes setahun.

Dalam konteks tempatan, mungkin sudah sampai masa Kerajaan melihat kembali peraturan dan standard keselamatan kenderaan komersial supaya lebih selamat atas jalan raya. Tambahan lagi, kes kemalangan melibatkan kenderaan komersial di negara kita sudah cukup memberi isyarat tentang keseriusan perkara ini. Bukan hanya terhenti pada kajian demi kajian selepas nahas teruk berlaku.

BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek, daripada Blok Kayu kepada ABS, EBD dan BA

Kerajaan melalui pelbagai badan seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sudah berjaya meningkatkan tahap keselamatan kenderaan penumpang dan inilah masa sesuai mengulangi kejayaan tersebut untuk kenderaan komersial pula.

* Tinjauan VWVC (Oktober 2018), 500 pemandu van di UK
** Data ujian Volkswagen Commercial Vehicles (November 2018)

Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) JKJR Matthew Avery MIROS Thatcham Research Volkswagen Volkswagen Commercial Vehicles vw VW Caddy VW Crafter VW Transporter VWVC
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.