Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Toyota, Subaru Paling Ramai Pelanggan Setia di Amerika
Auto Terkini

Kajian: Toyota, Subaru Paling Ramai Pelanggan Setia di Amerika

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES mungkin gah sebagai jenama automotif paling berharga, tetapi pengeluar automotif dari Jerman itu tidak cukup ramai pelanggan setia. Menurut laporan Edmund Trade-In Loyalty (2018) menerusi kaji selidik ke atas lebih 13.9 juta transaksi kenderaan di Amerika Syarikat (AS) sepanjang 2007-2017, pelanggan AS umumnya lebih setia kepada jenama Jepun seperti Toyota (1), Subaru (2) dan Honda (3).

Melengkapkan senarai 5 pengeluar teratas ialah Ram (4) dan Chevrolet (5) yang memiliki tahap kesetiaan pelanggan 54 peratus. Jenama di kedudukan tercorot ialah Chrysler (6), Smart (7) dan Dodge (8). Semua jenama tersebut duduk di bawah Fiat (9) dan Mitsubishi (10).

BACA >>> Kajian: Pembeli UK Lebih Pentingkan Kemasan Dalaman untuk Kereta Baharu

Sejak lebih sedekad lalu, ada banyak pengeluar yang menang dan tewas dalam mengumpul jumlah pelanggan setia. Subaru dan Mazda adalah antara pengeluar arus perdana yang mencatatkan kenaikan pelanggan setia signifikan. Lebih menarik, segmen crossover Mazda CX-5 mencatatkan jumlah pelanggan tertinggi yang kembali semula membeli model sama berbanding model lain sepanjang 2017.

Bagi kedudukan tercorot dalam carta, kajian mendapati Chrysler dan Dodge tidak mampu mengekalkan bilangan pelanggan setia masing-masing. Kedua-dua pengeluar itu mencatatkan penurunan lebih separuh sepanjang sedekad lalu. Buick juga mengalami nasib sama, merosot daripada 35 peratus (2007) kepada 29 peratus (2017).

 

LEXUS, AUDI DAN LAND ROVER UNGGULI SEGMEN MEWAH

Segmen mewah pula menyaksikan pembeli lebih setia kepada pengeluar seperti Lexus, Audi dan juga Land Rover. Kedudukan itu disusuli rapat Mercedes, Porsche dan BMW, manakala kedudukan paling bawah dalam segmen ini disandang Infiniti, Jaguar dan Volvo.

Trend crossover turut menyokong laporan Edmund yang mendedahkan kesetiaan pemilik kereta kini berada pada tahap paling rendah sepanjang tempoh 8 tahun. Segmen kereta cuma mencatatkan 36 peratus daripada keseluruhan segmen kenderaan dalam pasaran sepanjang 2017.

BACA >>> Kajian Interbrand: Honda, Jenama Automotif ke-4 Terbesar Dunia, Dinilai RM96.31 Bilion!

Ini dikukuhkan lagi kemerosotan permintaan bagi model Honda Accord. Kajian juga mendapati segmen crossover dan SUV buat kali pertama dalam sejarah berjaya menyingkirkan segmen trak.

Menurut laporan Edmund lagi, bagi mengumpul dan mengekalkan pelanggan setia, pengeluar perlu menghasilkan kenderaan yang mampu mempengaruhi emosi dari segi rekabentuk, pilihan kepelbagaian model SUV dan sejarah reliabiliti yang kuat.

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini Honda Roda4 Subaru
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
MRT Laluan Putrajaya
Auto Terkini

MRT Laluan Putrajaya Terejas Sepanjang Hari Akibat Kecurian Kabel

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.