Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Pemandu Berusia Lebih Pandai Selenggara Kereta, Pilih Baca Peta Manual
Autotainment

Kajian: Pemandu Berusia Lebih Pandai Selenggara Kereta, Pilih Baca Peta Manual

Abang HirataBy Abang Hirata16/05/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGAKNYA dalam urusan penyelenggaraan kereta, anda sebenarnya golongan mana? Suka buat sendiri (DIY) atau upah saja mereka yang mahir (baca: mekanik)?

Di negara kita, umumnya, upah penyelenggaran kereta masih lagi munasabah. Biasanya dimasukkan terus dalam sebut harga. Tambahan lagi, kebanyakan pengeluar menawarkan pakej servis percuma untuk pembelian kenderaan baharu.

Bagaimanapun, senario itu berbeza di negara maju seperti Britain. Kereta memang mampu milik, tetapi apabila berlaku kerosakan dan bukan lagi dalam perlindungan pakej waranti, caj jadi sangat tinggi disebabkan kos buruh.

BACA >>> Menjawap Persoalan Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?

Hantam sajalah labuuu…

Inilah sebab kenapa budaya DIY lebih subur di Britain. Mengenai penyelenggaraan kereta, ada satu kajian dibuat Continental Tyres dengan memperoleh beberapa dapatan menarik seperti di bawah:

1. Separuh (50 peratus) pemandu berusia 18 – 24 tahun tidak tahu bagaimana periksa paras minyak enjin atau tekanan angin tayar.

2. Pemandu berusia didapati tiga kali lebih cenderung menukar mentol lampu rosak dan dua kali menukar bilah pengelap cermin berbanding pemandu lebih muda.

3. Pemandu berusia mempunyai keyakinan menguruskan hal-hal kecil melibatkan kenderaan, memperbaiki keselamatan dan menjimatkan wang untuk urusan yang tidak memerlukan mereka ke bengkel.

4. Sebanyak 45 peratus pemandu berusia 55 tahun ke atas mahu menukar tayar, tetapi pemandu 18 – 24 tahun yang mahu melakukan perkara sama cuma 19 peratus.

5. Hanya 56 peratus pemandu muda rasa senang menambah isian dalam tangki pengelap cermin.

Kajian itu, yang melibatkan 2,000 pemandu, turut mendedahkan 8/10 pemandu muda sedar mereka boleh menjimatkan wang jika tahu melakukan penyelenggaraan sendiri, manakala 62 peratus mendakwa mereka lebih gembira apabila dapat buat banyak lagi.

PEMANDU MUDA BERBELANJA TIDAK PERLU

Mark Griffiths

Mengulas mengenai dapatan tersebut, pakar keselamatan Continental Tyres, Mark Griffiths berkata;

“Kurangnya keyakinan dan pengetahuan dalam aspek penyelenggaraan berkala seperti ketebalan bunga tayar, tekanan angin dan penglihatan boleh mendatangkan risiko yang menyebabkan kemalangan. Ia juga beri gambaran pemandu muda membelanjakan wang untuk perkara yang tidak memerlukan bantuan pakar bagi kerja mudah.”

Kajian turut mengesan paten penerimaan teknologi baharu berdasarkan peringkat umur. Hanya 1/10 pemandu berusia 18 – 24 tahun rasa yakin memandu menggunakan peta kertas sebagai medium navigasi, sebaliknya 55 peratus pemandu berusia lebih yakin menggunakan cara manual tersebut.

Golongan pemandu muda sedar kelemahan mereka, dan kemampuan pemandu lebih berusia. Lebih 80 peratus kumpulan termuda dalam kajian percaya ibu bapa mereka mampu melakukan kerja menyelenggara kenderaan sendiri. Lebih mengejutkan (mungkin sedikit lucu), separuh responden berusia 55 tahun ke atas percaya ibu bapa mereka pula lebih handal berbanding mereka sendiri.

BACA >>> Kajian: Toyota Prius Jadi Jenama Kereta Paling Banyak Kemalangan di UK

Menurut Griffiths, kajian ke atas semua kumpulan umur itu cenderung ke arah kemahiran dalam aspek teknologi dan kurang dalam perkara mekanikal. Jadi dalam hal ini (teknologi), golongan muda mempunyai kelebihan.

10 TIP PENYELENGGARAAN ASAS KENDERAAN

1. Tayar

Periksa tekanan angin, ketebalan bunga dan keadaan tayar setiap dua minggu sekali. Had ketebalan bunga tayar (Britain) ialah 1.6mm. Periksa tekanan angin ketika tayar dalam keadaan sejuk.

2. Minyak Enjin

Tidak susah pun, hanya guna tolok (dipstick). Periksa beberapa minggu sekali dan sebelum perjalanan jauh. 

3. Air atau Cecair Penyejuk Enjin @ Coolant 

Periksa seminggu sekali apabila enjin sejuk, periksa juga cecair penyejuk enjin.

4. Sistem Pengelap Cermin

Di Britain, pemandu dikira melakukan kesalahan jika sistem pengelap cermin tidak berfungsi. Periksa dengan kerap dan tambah air apabila perlu.

5. Cermin Depan

Periksa jika ada rekahan kecil dan baiki sebelum cermin retak lebih luas.

6. Lampu

Periksa semua lampu seminggu sekali. Anda perlukan bantuan seseorang untuk perhatikan lampu brek atau undur.

7. Badan Kereta

Periksa badan kereta untuk sebarang tanda kerosakan atau karat.

8. Stereng Kuasa

Periksa tahap bendalir dalam takungan yang terletak dalam ruang enjin. Tambah jika didapati kurang.

9. Penapis Udara

Ada dua jenis penapis udara, di bahagian enjin dan kabin. Semak manual kereta untuk cara menukar atau minta bantuan bengkel untuk menggantikannya.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?

10. Bateri

Periksa sebarang kebocoran atau kerosakan beberapa bulan sekali. Anda juga boleh bersihkan sisa deposit pada bateri menggunakan berus.


Apabila sudah terbiasa melakukan kerja asas begini, ia akan jadi rutin dan memudahkan anda buat penyelenggaraan asas kereta selain menambah baik tahap keselamatan dan menjimatkan wang.

autotainment Continental Tyres kajian Mark Griffiths Pemandu Muda Pemandu Tua
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.