Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kabinet Beri Lampu Hijau untuk ‘Go-Jek Malaysia’!
Auto Terkini

Kabinet Beri Lampu Hijau untuk ‘Go-Jek Malaysia’!

AryonBy Aryon21/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KABINET hari ini bersetuju secara prinsip dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang disuarakan Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membenarkan perkhidmatan motosikal e-hailing (dipanggil ojek di Indonesia) beroperasi di negara ini.

‘Lampu hijau’ mengenai mod pengangkutan baharu itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, dipetik HMetro. Namun, KBS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memperincikan aspek undang-undang terlebih dulu.

BACA >>> Majoriti Setuju Hasrat Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Teksi Motor di Malaysia

Mohd Redzuan berkata, KBS dan MOT dijangka mengumumkan perincian undang-undang diperlukan dalam tempoh dua bulan sebelum boleh dilaksanakan.

“Apa saja proses untuk membangunkan ekonomi anak muda perlu mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Jika terpaksa melonggarkan atau mewujudkan undang-undang baharu, KBS dan MOT akan kaji secepat mungkin sebelum dipersetujui Kabinet,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Tekun Mart Mobile di Putrajaya, hari ini.

Menurut Mohd Redzuan lagi, kajian undang-undang itu mungkin mengehad penunggang servis motosikal e-hailing untuk akses lebuh raya kerana bimbang mendatangkan kemudaratan dan keselamatan.

BACA >>> #SembangDeras: Tidak untuk Teksi Motor, Kerajaan Lepaskan Peluang Kerja Buat Rakyat?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini berkata, jika usul tersebut mendapat sokongan Kabinet, perkhidmatan tersebut akan diambil alih MOT dan kajian lebih terperinci akan dijalankan.

Auto Terkini GO-JEK Perkhidmatan Motosikal e-Hailing Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Teksi Motosikal
Aryon

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026

1 Comment

  1. Alson P on 22/08/2019 23:28

    Kerajaan habiskan berpuluh billions naik taraf sistem pengangkutan awam moden untuk mencapai status negara maju..kemudian luluskan go-jek.. kemudian go-jek berleluasa di bandaraya, sistem pengangkutan awam moden kurang pengguna/pelanggan.. kurang pendapatan, lepas itu tuduh orang lain membazir buat projek gajah putih… Malaysia tidak perlu go-jek, sistem pengangkutan awam moden sedia ada perlu diperluaskan lagi

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.