Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jumpa Geely Binyue PHEV di Hangzhou – Adik X50 dengan Kuasa 240hp, Jarak 1,000km!
Auto Terkini

Jumpa Geely Binyue PHEV di Hangzhou – Adik X50 dengan Kuasa 240hp, Jarak 1,000km!

Han OthmanBy Han Othman02/05/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU anda pernah terfikir bagaimana rupa adik Proton X50 versi hibrid plug-in (PHEV), inilah jawapannya. Di Ekspo Mobiliti Pintar Geely Global di Hangzhou ketikan mengunjungi Auto Shanghai 2025 bersama Pro-Net baru-baru ini, penulis terjumpa model menarik itu, Geely Binyue Cool PHEV.

Sekali pandang, memang saling tidak tumpah seperti Proton X50 yang kita kenal di Malaysia. Namun, di bawah bonet, ceritanya jauh berbeza. Model ini bukan sekadar X50 biasa, tetapi versi lebih canggih dan berteknologi tinggi dengan bantuan kuasa elektrik.

Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV

Geely Binyue Cool PHEV dikuasakan enjin 3-silinder 1.5L turbo, sama juga seperti X50 petrol, tetapi dipadankan dengan motor elektrik. Hasilnya, output gabungan mencecah 243ps (240hp) dan tork 545Nm. Memang jauh meninggalkan prestasi X50 standard kita!

Jika bercakap bab pemanduan elektrik penuh, model ini mampu dipandu sejauh sekitar 100km mengikut kitaran ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC). Kalau gabungkan penggunaan petrol dan elektrik sekali, jarak pemanduan boleh cecah lebih 1,000km! Pendek kata, dari Kuala Lumpur ke Kedah, balik dua kali pun tidak perlu isi minyak!

Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV

Dari segi rekabentuk, Geely Binyue Cool PHEV tidak banyak berbezadengan X50, tetapi ada beberapa sentuhan berbeza. Contohnya, rekaan gril depan lebih nipis dengan elemen corak Energy Pulse berbanding X50 yang menampilkan rekabentuk Infinite Weave, bampar depan lebih agresif, dan lencana PHEV pada pintu but.

Mengenai harga pula, memang buat ramai terbeliak. Geely Binyue Cool PHEV di China cuma dijual pada harga bermula 119,800 yuan, atau lebih kurang RM78,000 sahaja! Murah betul kalau dibandingkan dengan teknologi dan spesifikasi yang ditawarkan.

Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV

Rim aloi juga menggunakan rekaan lebih tajam dan moden, sesuai dengan imej PHEV yang lebih futuristik berbanding X50 biasa.

Rekaan kabin pula selepas diintai (ya, ini bukan model pameran, cuma kereta orang awam yang diparkir), penulis perasan tidak berbeza dengan X50. Cuma papan pemuka menggunakan warna hitam (X50 ada sentuhan warna jingga gelap), manakala susun atur dan rekaan butang, stereng, unit infotainmen dan kerusi adalah sama selain bahagian pemanduan sebelah kiri (LHD).

Jika dibandingkan Proton X50 yang masih menggunakan enjin petrol sepenuhnya, terasa macam X50 kita patut dinaik taraf cepat. Tambahan lagi Malaysia akan melakukan rasionalisasi patrol menjelang pertengahan tahun ini. Teknologi PHEV ini jelas memberikan kelebihan dari segi kuasa, penjimatan bahan api dan jarak perjalanan.

Namun buat masa ini, belum ada sebarang perancangan rasmi untuk membawa masuk teknologi PHEV ke dalam barisan produk Proton, terutama model X50. Cukup sajalah kita cuci mata dulu dan rasa bergaya dengan X50 sedia ada atas jalan.

Apapun, kehadiran Geely Binyue Cool PHEV membuktikan masa depan mobiliti lebih bersih dan berteknologi tinggi sudah semakin dekat. Kita tunggu dan lihat, mungkin suatu hari nanti X50 kita pun ada versi elektrik sendiri!

Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV
Geely Binyue Cool PHEV
Auto Terkini Geely Geely Binyue Cool PHEV Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) Proton Proton X50
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.