Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus
Auto Terkini

Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JEPUN melabuhkan tirai 2019 dengan menjual hanya 331,307 unit motosikal di pasaran tempatan, merosot buat tahun kelima berturut-turut. Jumlah jualan itu melibatkan semua segmen motosikal, termasuk model import.

Sebagai perbandingan, Jepun cuma menjual 335,572 unit motosikal pada 2018. Dalam segmen moped di Jepun, motosikal kelas itu terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu bawah 50cc, dan 50cc-125cc.

BACA >>> #BikinMotor: Kenzo Honda Goldwing Sentuhan DMOL – Tribut Pelumba Legenda Jepun

Penurunan jualan motosikal paling ketara ialah kelas bawah 50cc, merosot lebih 60,000 unit dalam tempoh lima tahun.

  • Jualan 2015: 193,842 unit
  • Jualan 2019: 132,086 unit

Bagi kelas motosikal lebih 50cc, graf prestasi jualan naik turun dalam tempoh sama, tetapi masih menunjukkan ada rekod peningkatan.

  • Jualan 2015: 178,854 buah
  • Jualan 2019: 199,121 buah

SEGMEN 50cc BAKAL PUPUS?

Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki pernah meramalkan motosikal kategori 100cc ke bawah mungkin pupus tidak lama lagi.

Kelas motosikal 125cc hingga 150cc akan isi kekosongan itu menjadi segmen motosikal paling kecil.”

Jentera 50cc yang masih dijual di Jepun hari ini diibaratkan sebagai ikon dalam industri motosikal Negara Matahari Terbit itu. Segmen tersebut turut membantu Honda melakar nama dalam sejarah dunia menerusi jualan Super Cub yang mencapat jualan hampir 100 juta di peringkat global.

BACA >>> Yoshimura Perkenal Sistem Ekzos Penuh untuk Honda Super Cub

APAKAH PUNCA JUALAN MOPED MEROSOT?

Di Jepun, motosikal dikategorikan mengikut tiga jenis kapasiti enjin iaitu:

  • Mini: 125cc hingga 250cc
  • Kecil: 250cc hingga 400cc
  • Besar: Lebih 400cc

Kejatuhan jualan motosikal paling utama ialah moped. Pada 1980-an, Jepun mampu menjual hingga 2.8 juta moped setahun. Pada masa itu, Honda Super Cub 50 menjadi motosikal pilihan ramai peniaga penghantaran surat khabar dan barangan.

Antara punca jualan moped semakin terjejas di Jepun ialah:

  • Era 1980-an menyaksikan kebangkitan skuter sebagai segmen motosikal baharu untuk tujuan mobiliti, pengangkutan ke sekolah dan membeli-belah.
  • Kempen sekatan pemilikan lesen pada era 1990-an untuk pelajar sekolah tinggi dengan tiga saranan ‘jangan’ iaitu:
    • Jangan ambil lesen
    • Jangan benarkan (beli)
    • Jangan memandu
  • Kawalan emisi sejak 1998 yang memaksa pengeluar motosikal mengubah enjin 2-lejang kepada 4-lejang. Ini menyebabkan kenaikan kos pengeluaran.
  • Tindakan penguatkuasaan kesalahan parkir. Walaupun moped tidak mengambil banyak petak parkir berbanding kereta, tetapi kekurangan penyediaan petak parkir menyebabkan pemilik motosikal berdepan kesalahan parkir.
  • Perkhidmatan perkongsian basikal (ingat lagi trend Obike?) dan basikal elektrik mendapat tempat dalam kalangan pengguna Jepun. Ini secara langsung menjejaskan jualan moped tahun demi tahun.
Statistik Jualan Bulan ke Bulan 2017-2018

SIAPA KUASAI PASARAN MOTOSIKAL JEPUN?

JENAMA TEMPATAN

Honda mendahului pasaran motosikal Jepun dengan menguasai 45.6 peratus pasaran walaupun jualan jenama itu susut 3.6 peratus berbanding 2018. Berikut senarai kedudukan jenama dan jualan di Jepun:

1. Honda – 174.679 unit
2. Yamaha – 79,920 unit
3. Suzuki – 61,592 unit
4. Kawasaki – 21,035 unit

JENAMA ASING

1. Harley-Davidson – Jenama asing pilihan ramai pembeli Jepun
2. Husqvarna – Jenama asing paling pantas berkembang dengan pertumbuhan 99.6 peratus berbanding tahun terdahulu.

SUMBER: RideApart |MDC

Auto Terkini Jualan Moped Jepun Terjejas Jualan Motosikal Jepun 2019 Moped Osamu Suzuki roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.