Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jual Kaliper Endless Palsu Tapi Cakap Ori, Pembeli Menang Tuntutan RM12.8k
Auto Terkini

Jual Kaliper Endless Palsu Tapi Cakap Ori, Pembeli Menang Tuntutan RM12.8k

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize16/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG pemilik syarikat pengubahsuaian telah memenangi tuntutan untuk mendapatkan semula wangnya setelah ditipu membeli angkup brek jenama Endless yang palsu.

Presiden Tribunal Abdul Rashid Daud memerintahkan responden yang tidak menghadiri perbicaraan untuk memulangkan RM12,800 kepada Syahrul (penuntut) dalam tempoh dua minggu dan pihak penuntut perlu memulangkan brek kepada responden dalam tempoh 14 hari.

Pada awalnya, Syahrul mengetahui tentang penjualan angkup brek itu secara dalam talian melalui iklan yang dikeluarkan oleh penjual yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Penjual itu mendakwa kaliper brek yang dijualnya adalah asli dari Jepun dan harga yang disebutnya lebih rendah daripada harga pasaran,” kata Syahrul.

Syahrul telah membuat pembayaran pertama bernilai RM6,000 pada 21 March 2022 dan diikuti dengan RM6,800 pada 25 Mac 2022 melalui perbankan dalam talian.

Pemasangan brek itu mengambil masa setengah hari dan telah dibuat di bengkel penjual yang bertempat di juga PD.

Bagaimanapun, Syahrul mula merasakan dirinya mungkin telah ditipu apabila brek itu mengeluarkan bunyi setiap kali pedal brek ditekan.

Perbincang cuba dilakukan dengan penjual berkenaan masalah itu dan Syahrul telah meminta wangnya dikembalikan namun penjual itu tidak melayan permintaannya.

Saya menelefonnya berkali-kali dan menghantar mesej WhatsApp kepadanya tetapi dia menyekat nombor saya,” katanya.

Tambah Syahrul, sebelum menghubungi penjual, beliau telah menghubungi pengedar brek itu yang sah di Bandar Sunway, Selangor untuk pengesahan.

“Saya juga pergi ke beberapa bengkel di Johor Baru untuk pengesahan, dan semua mekanik yang saya jumpa mengesahkan bahawa brek yang saya beli adalah palsu,” katanya.

Selain itu, Syahrul menghantar e-mel kepada pengeluar di Jepun dan syarikat itu juga mengesahkan brek caliper yang dibelinya adalah palsu kerana nombor sirinya tidak jelas tidak seperti pada bahagian asal.

Syarikat itu juga memaklumkan kepadanya bahawa satu-satunya pengedar sah mereka di Malaysia hanya ada di Bandar Sunway.

Syahrul akhirnya dapat memiliki kaliper brek original bernilai RM17,500 yang dihantar kepadanya oleh syarikat itu dan telah dipasang di Bandar Sunway.

Kaliper brek asli meningkatkan prestasi brek kereta saya dan saya gembira dengannya,” tambahnya.

BACA >>> Jel Hingga 6 Bulan, Denda RM2k Jika Tiada Lampu Brek Ketiga
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Pad Brek Motosikal Perlu Ditukar?

SUMBER: The Star

brek endless Kaliper original palsu tribunal
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.