Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Sita Empat Kenderaan Singapura Buat e-Hailing Haram, Tambang Cecah RM4.2k!
Auto Terkini

JPJ Sita Empat Kenderaan Singapura Buat e-Hailing Haram, Tambang Cecah RM4.2k!

SyafieBy Syafie15/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JPJ sita e-hailing haram dari Singapura

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita empat kenderaan dari Singapura selepas menjalankan perkhidmatan e-hailing secara haram dengan membawa pelancong di Malaysia.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, semua kenderaan terbabit tiada lesen pengendali sah, tidak berdaftar sebagai kenderaan perkhidmatan awam dan tiada cukai jalan Malaysia.

Hasil Risikan dan Operasi Khas

Operasi khas e-hailing kenderaan asing ini bermula 9 Ogos 2025 hasil maklumat risikan mengenai pemandu kenderaan luar yang mengambil penumpang tanpa permit.

Antara kenderaan disita ialah:

  • Toyota Alphard
  • Toyota Vellfire
  • Honda Spada
  • Toyota Hiace

Semua kenderaan dipandu warga Singapura dan digunakan untuk membawa pelancong. Tindakan diambil mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(1) akta sama.

Tambang Cecah Ribuan Ringgit

JPJ sita e-hailing haram dari Singapura
JPJ sita e-hailing haram dari Singapura

Menurut Aedy Fadly, hasil risikan mendapati tambang yang dikenakan pemandu terbabit boleh mencecah:

  • S$180 (RM630) ke Johor Bahru Sentral
  • S$200 (RM700) ke Iskandar Puteri
  • S$1,200 (RM4,200) ke Ipoh

Modus operandi termasuk menggunakan aplikasi Telegram dan pelekat khas untuk mengenal pasti penumpang yang sudah membuat tempahan.

Tiada Lagi Kompromi

JPJ sita e-hailing haram dari Singapura

Sebelum ini, kita lebih kepada advokasi dan memberi penerangan bahawa perbuatan ini salah. Tetapi mulai minggu ini, tiada lagi kompromi. Kita akan tahan dan ambil tindakan tegas termasuk proses lucut hak kenderaan,” tegasnya.

Operasi itu akan diteruskan di lokasi tumpuan pelancong di Johor seperti Legoland dan Danga Bay, sebelum diperluas ke negeri lain.

Peringatan kepada Orang Awam

JPJ menggesa orang awam melaporkan sebarang aktiviti e-hailing haram membabiitkan kenderaan asing melalui e-mel myjpj@jpj.gov.my dengan maklumat lengkap.

Aedy Fadly menegaskan perkhidmatan e-hailing sah wujud di Malaysia dan kenderaan luar negara wajib memohon kelulusan pihak berkuasa sebelum beroperasi.

Keselamatan dan Imej Negara Jadi Keutamaan

Menurut JPJ, penguatkuasaan ini bukan hanya soal undang-undang tetapi juga keselamatan penumpang dan hubungan antara negara.

Kita tidak mahu insiden buruk berlaku, terutamanya jika melibatkan kemalangan membabitkan pelancong asing. Perkara seperti ini bukan sahaja membahayakan nyawa, malah boleh menjejaskan hubungan dua negara,” katanya.

E-Hailing Sah, Kenderaan Asing Perlu Patuh Undang-Undang

Tindakan tegas JPJ ini menjadi peringatan tiada siapa terkecuali daripada undang-undang jalan raya Malaysia.

Pengusaha e-hailing sah di Malaysia sudah tersedia, dan kenderaan asing perlu mendapatkan kelulusan rasmi sebelum dibenarkan membawa penumpang di negara ini.

SUMBER: JPJMalaysia

Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) Auto Terkini e-Hailing e-Hailing Haram Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Operasi khas e-hailing Singapura
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Petrol RON97
    Auto Terkini

    Lebih 400 Stesen Minyak di Filipina Ditutup Susulan Kenaikan Harga Bahan Api

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.