Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 7 Kesalahan Utama Tidak Boleh Kompaun pada Aidilfitri
Auto Terkini

#TahukahAnda: 7 Kesalahan Utama Tidak Boleh Kompaun pada Aidilfitri

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize18/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA sambutan Aidilfitri tahun ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Kementerian Pengangkutan melancarkan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 18 April hingga 27 April ini.

Justeru JPJ melalui akaun Facebook menaikkan status peringatan tentang tujuh senarai kesalahan utama yang tidak boleh dikompaun dalam operasi jalan raya khas itu, iaitu:

  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Gagal patuh lampu isyarat
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memandu melebihi had laju
  • Memotong di garis kembar
  • Memotong barisan
  • Tidak memakai tali pinggang keledar

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula melancarkan Op Lancar pada Selasa dan Rabu ini bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya menjelang persiapan menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, fokus Op Lancar adalah di semua kawasan yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya.

Menurutnya, seluruh jentera PDRM di lapangan akan diatur gerak membabitkan anggota balai dan elemen kereta peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), rondaan bit dan risikan, selain mendapatkan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi melancarkan aliran trafik .

Selain Op Lancar, PDRM juga melaksanakan Op Selamat ke-20 bermula 20-27 April bertemakan ‘Rumah Selamat, Sampai ke Destinasi’ bagi memastikan keselesaan rakyat menyambut Aidilfitri tahun ini.

Acryl Sani berkata, fokus utama operasi adalah memastikan aliran trafik lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah pada musim perayaan.

Dalam Op Selamat ini, PDRM akan memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes pecah rumah melalui elemen MPV, URB serta rondaan bit yang akan diatur gerak secara holistik dan sistematik di taman perumahan, premis perniagaan dan pusat ibadat yang menjadi tumpuan orang ramai, selain mengurangkan beban kesesakan,” katanya.

Pemantauan udara daripada unit dron Pasukan Gerakan Udara turut dijalankan bagi memantau dan mengesan lokasi titik panas dikenal pasti, seterusnya menyalurkan maklumat kepada elemen di lapangan untuk tindakan.

Juster pengguna jalan raya diminta supaya peka dengan maklumat aliran trafik terkini melalui portal dan saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak konsesi lebuh raya, selain menggunakan aplikasi navigasi bagi merancang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Acryl Sani berkata lagi, keprihatinan pengguna jalan raya untuk bersama menyalurkan sebarang maklumat sama ada melalui rakaman video atau foto mengenai tingkah laku pengguna yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya sangat dipuji dan dihargai polis.

PDRM menasihatkan pengguna jalan raya supaya bertimbang rasa dalam pergerakan lalu lintas, sentiasa berhemah, berhati-hati dan fokus dalam pemanduan sepanjang masa agar Hari Raya Aidilfitri dapat disambut dalam suasana kekeluargaan dan kesejahteraan,” katanya.

BACA >>> JPJ Buat Op Bersepadu Sempena Musim Perayaan, 18-27 April Ini
BACA >>> JPJ Bakal Dapat Seragam Baharu dengan Ciri Keselamatan Khas

SUMBER: Bernama

Hari raya aidilfitri JPJ Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) op hari raya Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) Op Lancar op selamat polis Sekatan Jalan Raya tahukah anda
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.