Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Perkenal Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) Ganti Geran Kereta, Mula 1 Jun 2016
Auto Terkini

JPJ Perkenal Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) Ganti Geran Kereta, Mula 1 Jun 2016

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/10/201950 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)  memperkenalkan satu kaedah baru, Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta.

Di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987, VOC masih merupakan perakuan pendaftaran kenderaan yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan. Bezanya, VOC bukan lagi dokumen penting untuk urusan:

  • Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), atau;
  • Tukar Hak Milik, atau;
  • Pindaan Maklumat

Ringkasnya, VOC hanya sekeping kertas A4 yang ada  butiran pemilik dan kenderaan serta tidak mengandungi sebarang maklumat rekod urusniaga seperti yang dicetak dalam RC. Segala semakan data hanya boleh dibuat menerusi sistem pangkalan data di mana-mana cawangan JPJ.

BACA >>> JPJ: Tak Benar Tukar Geran kepada VOC Kena Bayar RM50!

voc-dan-rc

VOC TIADA NILAI?

Apakah kelebihan VOC? Ada pihak berpendapat, bukankah JPJ perlu menumpukan isu-isu penting lain berbanding isu menukar sekeping kertas cetakan ini – RC kepada VOC?

Jelas JPJ, kelebihan VOC ialah tiada sebarang nilai. Jadi, untuk tujuan apa pula kalau sudah tiada nilai? Sabar, jangan lekas melenting.

Disebabkan VOC hanya sekeping kertas tiada nilai, maka tiada sebarang masalah kepada pemilik jika hilang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Hendak Memandu Masuk ke Thailand dari Malaysia?

Berbeza RC atau geran yang mendatangkan seribu satu masalah kepada pemilik seperti isu kenderaan klon, penyalahgunaan dan pemalsuan dokumen yang merumitkan urusan. Pelaksanaan VOC akan dibahagikan kepada tiga fasa, seperti:

PicsArt_06-08-05.24.17

Jadi, kami mengharapkan perlaksanaan VOC akan membantu JPJ mengurangkan masalah kenderaan klon dan memudahkan urusan orang awam.

Auto Terkini geran kereta Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ kad pendaftaran (RC) Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) VOC
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026

50 Comments

  1. Azhan on 09/09/2016 11:38

    tq atas info ttg voc

    Reply
  2. Ridhwan Hulkwan on 02/10/2016 01:06

    Saya nk dptkn salinan geran original…mcm mna ye…

    Reply
    • AO on 02/10/2016 14:25

      Tulis surat mohon geran dan serah kepada bank yang simpan geran ori. Boleh terus dapat.

      Reply
  3. fena on 06/10/2016 11:11

    Saya nak tanya, kalau geran hilang ,kena report polis then baru bole apply geran baru atau JPJ akan gantikan dgn VOC? sebab kereta baru jual, tp penama blum dapat tukar nama sebab geran ori takde….

    Reply
  4. AMIRUL on 26/04/2017 09:59

    KALAU SEKARANG SYA PKAI GERAN LAMA LG…. LPAS TU NK TUKAR P GRAN BARU, KNA CAS BERAPA YA??

    Reply
  5. Fadhil on 05/07/2017 00:01

    Saya baru je buat pembaharuan cukai jalan…adakah saya boleh buat penukaran rc kepada voc…adakah dikenakan caj untuk tukar voc tersebut

    Reply
  6. Hanis on 08/08/2017 08:49

    Sekiranya geran kereta hilang tapi owner kereta tidak duduk area sini dan bagaimana nak dapat kan geran kereta itu semula tanpa owner?

    Reply
  7. Fi on 07/09/2017 14:52

    Macam mana nak tahu bank mana yang pegang geran asal ye?

    Reply
    • ABG GYL on 08/09/2017 17:01

      Boleh call bank dan tanya.

      Reply
  8. Ain on 17/10/2017 16:11

    Perlu ada geran asal / geran update ke utk tukar ke voc? Ataupun yang fotokopi sudah memadai

    Reply
  9. Lia on 11/12/2017 21:32

    Macam mana nak tau geran kereta ori ke tak?

    Reply
  10. del on 20/12/2017 14:02

    Kalau voc hilang macamana nak perbaharui cukai jalan…perlu bawa dokumen apa ke jpj

    Reply
  11. sy on 27/12/2017 12:22

    Salam,

    Boleh ke saya serah salinan geran untuk pihak bakal pembeli untuk melihat sebelum pembelian di buat?

    Terima Kasih.

    Reply
  12. azhar mahmud on 07/02/2018 14:01

    Bolehkah orang lain tukarkan geran kereta lama ke VOC atau perlu pemilik kenderaan saja. Tksh

    Reply
    • ABG GYL on 07/02/2018 15:22

      Kalau ikut syarat tak boleh sebab perlukan cap jari empunya kereta.

      Reply
  13. Lynn on 06/04/2018 13:56

    Just bought a new car from perodua but came back only realized the address, street number is wrong. Can perodua go to JPJ change the address for me or should I go there personally (car is my name). Do I need to pay if I do it myself?

    Reply
    • ABG GYL on 06/04/2018 15:30

      Boleh ubah di JPJ dan tiada bayaran akan dikenakan.

      Reply
  14. Rosli harun on 19/04/2018 19:23

    Mcmana nk dpt salinan geran depan belakang dari jpj secara online

    Reply
  15. iashah bt ramli on 05/05/2018 21:36

    adakah geran lama kena serah kepada pihak jpj untuk dapatkan voc

    Reply
  16. Yusfirdaus on 22/06/2018 12:07

    Macam mana ya kalau sijil pemilikan kenderaan tu..dah dilaminate..kene tukar ke..atau macam mana?

    Reply
  17. Ahmad Zakaria on 18/10/2018 12:04

    VOC baru tanpa kereta masuk thailand?

    Reply
  18. faisal on 25/01/2019 12:51

    macamana nk dapatkn info spt dlm geran,.. no enjin no casis…ada website

    Reply
  19. azroy on 22/04/2019 08:24

    VOC/geran motor RM20
    kereta RM50

    (untuk gantian akibat kehilangan/pindaan butiran dalam sijil VOC)

    Reply
  20. MifFarid on 07/05/2019 21:59

    saya de sebiji motor..tapi orang dye tak jumpe..dh puas saya cari,sy tanye2 dengan org2 yg kenal dengan owner dalam geran..tapi x jumpa..agak2 tindakan pe yang saya kene buat ye..sebab saya nak tukar nama..

    Reply
  21. En hafiz on 23/05/2019 20:09

    haritu sye baru sahaja amik geran moto di kedai moto yg sye beli, tpy cuma dpat VOC sahaja.. mmg skrg yg jenis RC tu dia dh x bgy ke ..? yg RC sye cuma ade copy je

    Reply
    • ABG GYL on 27/05/2019 02:53

      Sekarang geran digantikan sebagai VOC

      Reply
  22. hafiz on 25/05/2019 09:24

    Assalamualaikum bolehkah wakil ambilkan geran, Voc utk claim insurans accident, ? cth tdekat wakil adalah suami ppemilik

    Reply
    • ABG GYL on 27/05/2019 02:50

      Boleh

      Reply
  23. Remy on 02/07/2019 13:21

    Salam…sy nak tanya boleh ke wakil tolong ambil voc untuk Puspakom…..kereta masih loan lagi,boleh tolong jelaskan caranya….

    Reply
    • ABG GYL on 03/07/2019 18:09

      Boleh tetapi kena ada surat kebenaran dari owner asal.

      Reply
  24. Rahmah on 15/10/2019 23:11

    Boleh ke ambil boc di utc

    Reply
  25. Rahmah on 15/10/2019 23:12

    Voc…

    Reply
  26. Eddy on 11/11/2019 20:35

    Assalamualaikum,

    Tumpang bertanya…
    Bolehkah pemilik asal yang membeli kenderaan (motosikal) secara ansuran bank dan pemilik kenderaan mempunyai masalah dengan bank (tunggakan & hutang ansuran bulanan) yang belom dijelaskan/tertunggak untuk memohon geran asal kenderaan di JPJ ??

    Mohon pencerahan..terima kasih

    Reply
    • Abang GYL on 12/11/2019 14:21

      Tiada masalah

      Reply
  27. Pasha on 28/01/2020 20:39

    Assalam..
    1.cmna nk dapatkan salinan geran kereta yg hilng? Ambil kt Jpj or bank?
    2. Boleh ke wakil pemilik knderaan yg ambil sbb penama tggl jauh..
    Tq..

    Reply
    • Abang GYL on 29/01/2020 12:29

      Boleh ambil di mana-mana JPJ. Hanya pemilik asal saja boleh diterima kerana perlu imbas cap jari.

      Reply
  28. sulaiman on 27/02/2020 17:30

    salam

    nak tanya kalau geran kereta atas nama syarikat macam nak dapatkan balik ?
    apa prosedur yang perlu dibuat ?
    mohon pencerahan

    Reply
  29. MOHAMAD MAZLAN BIN SAMAD on 14/06/2020 19:17

    Adakah bank berhak simpan geran kenderaan Kita. Contoh laon Motor, aeon credit. Kedai yg urus kan. Bila semua okay owner cuma dapat salinan copy voc saja.

    Mohon pencerahan.

    Reply
    • Abang GYL on 15/06/2020 12:49

      Boleh minta geran pada bank bila-bila masa walaupun pinjaman masih ada baki

      Reply
  30. Muhammad azami on 17/08/2020 22:57

    Tumpang tanya…sya mau beli moto dari org..tpi org tu dpt moto ni dari besi buruk dan Die restore ….jadi owner x jumpa la..bole ke sya nk buat geran untuk moto ni tanpa owner…

    Reply
    • Abang GYL on 19/08/2020 11:59

      Jawapan: Tidak boleh

      Reply
  31. firdaus on 17/09/2020 10:23

    salam tuan/puan.
    saya nak tanya boleh ke dpatkan gran motor,tetapi motor masih ada tunggakan insuran,
    mohon pencerahan tuan/puan

    Reply
  32. wan on 09/10/2020 08:56

    wajib tukar ke geran lama kpd voc? kalau x tukar takpe ke?

    Reply
    • Abang GYL on 09/10/2020 10:46

      Tak tukar pun tak ada masalah

      Reply
  33. Siti Noratikah on 13/08/2021 17:09

    Kalau pihak JPJ salah tulis maklumat kereta macam mana ye?

    Reply
    • Abang GYL on 15/08/2021 17:44

      Boleh pergi semula ke JPJ untuk perubahan maklumat

      Reply
  34. Ahchu on 21/02/2023 02:14

    Sy beli kereta 2nd hand (hutang)..geran asal RC dan dipegang oleh bank..jd sy sbg owner baru mendapat VOC..

    Soalan sy, mcm mana kaedah potong nama nanti ye..kalau RC, owner bawa geran ke jpj untuk cop potong nama, kalau VOC mcm mana pula?

    Reply
    • Azhan O on 02/03/2023 19:36

      kereta tu atas nama bank sebenarnya. Tak perlu lagi berurusan dengan owner lama melainkan beli cash

      Reply
  35. Amad Arif on 04/07/2023 21:59

    Saya membeli kereta 2nd hand.. tp geran asal sudah koyak akibat bajir.. tp digeran lama (RC) ada nama beberapa orang pemiilik sebelum ini.. 2 org pemilik sebelum nama saya.. jika saya tukar ke VOC adakah nama mereka masih ada.. dan tertulis di voc.. atau nama saya saja.. dan sekiranya akan datang saya nk jual kereta boleh ke guna VOC sahaja. T.kasih

    Reply
  36. Hassan on 10/03/2024 13:22

    Boleh laminate tak geran baru ni?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.