• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Tak Benar Tukar Geran kepada VOC Kena Bayar RM50!

JPJ: Tak Benar Tukar Geran kepada VOC Kena Bayar RM50!

October 13, 2019 By AO 1 Comment

434
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dalam kenyataan rasmi menafikan penyebaran maklumat palsu yang tular menerusi kiriman aplikasi WhatsApp mengenai 'kadar caj RM50' untuk penukaran Geran Kereta (Registration Card, RC) kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate, VOC) sebelum 1 Januari 2020

Diulangi, semua maklumat yang disebarkan itu (seperti contoh di atas) adalah disahkan JPJ sebagai TIDAK BENAR!

BACA >>> JPJ: Ramai Pemandu Masih Tidak Faham Peraturan Cermin Gelap Baharu

JPJ sedang dalam proses Fasa Ketiga penukaran RC kepada VOC secara sukarela, dan semua proses itu adalah PERCUMA sebaik saja dilaksanakan nanti.

Namun, caj RM50 hanya dikenakan untuk salinan VOC (sudah lama dilaksanakan) yang dibuat pemilik atas faktor kehilangan, pindaan butir-butir kenderaan atau lain-lain mengikut tatacara sedia ada.

Justeru, JPJ menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tiada sumber sahih. Ini kerana sebarang maklumat akan diuar-uarkan dan dimaklumkan menerusi media rasmi JPJ seperti pautan di bawah ini:

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/

Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia

Instagram: JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia

YouTube: JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj

434
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Berita Palsu, Geran Kereta (RC), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Mesej Tular, Registration Card (RC), Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), Vehicle Ownership Certificate (VOC, Viral, WhatsApp, WhatsApp palsu

Comments

  1. Mr.vigour says

    December 23, 2019 at 12:31 AM

    Terima kasih atas info yang diberi moga info ini memberi manfaat kepada rakyat malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my