Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ: Ramai Pemandu Masih Tidak Faham Peraturan Cermin Gelap Baharu
Auto Terkini

JPJ: Ramai Pemandu Masih Tidak Faham Peraturan Cermin Gelap Baharu

Han OthmanBy Han Othman28/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ), pada 27 Ogos lalu mengeluarkan 83 notis atas kesalahan cermin gelap dalam satu operasi bersepadu di Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur, malam itu.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, Operasi Pengarah JPJ WPKL Bil 3/2019 itu berlangsung selama empat jam, bermula 8 malam dan disertai 42 pegawai dan anggota JPJ.

Menurut Ismail, ramai pengguna jalan raya masih tidak faham mengenai peraturan penggunaan cermin gelap yang dikuatkuasakan Mei lalu.

BACA >>> Kerajaan Umum Peraturan Baharu Cermin Gelap, Tiada Had Ketelusan Cermin Belakang

“Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, peratus ketelusan cahaya adalah tidak boleh kurang 70 peratus.

“Mana-mana individu boleh memohon menggunakan cermin lebih gelap dan setiap permohonan dikenakan bayaran RM5,000,” katanya.

Dalam operasi malam itu, sebanyak 418 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan melibatkan 956 kenderaan . Daripada jumlah itu, 196 notis adalah atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh, 112 tiada lesen memandu dan selebihnya cermin gelap (83 notis).

JPJ turut menyita lapan kenderaan atas pelbagai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman hingga tidak melebihi RM2,000 di bawah Seksyen 119, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Cermin Gelap filem gelap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Notis JPJ Operasi Bersepadu peraturan cermin gelap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

14/04/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Isu Bekalan Minyak Tular, Shell Malaysia Mohon Maaf Hadkan Jualan Sementara

14/04/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

Tiada Krisis Bekalan Minyak, Kerajaan Pantau Data Mingguan Penggunaan Bahan Api

14/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Bantuan BUDI Agri-Komoditi, BUDI Diesel Naik RM400 Mulai 21 April

14/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.